web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Big Hit Entertainment Bulis Meluaskan Empayar

Syarikat asal Korean Selatan Big Hit terus meluaskan empayarnya di Amerika Syarikat. Selepas kejayaan kumpulan BTS, timbul pula berita tentang projek besar bersama Universal Music Group.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 4:40PM

BTS, artis paling ternama di bawah naungan Big Hit Entertainment. Gambar: Jung Yeon-je / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apakah mungkin bakal ada kumpulan BTS yang kedua atau BTS versi Amerika Syarikat? Big Hit, syarikat penaung BTS (Bangtan Sonyeondan) dan Universal Music Group (UMG) hari ini telah membuat pengumuman bahawa buat julung kalinya kedua-dua nama besar ini akan berpadu tenaga untuk menerbitkan sebuah kumpulan K-pop di Amerika Syarikat.

Projek bersejarah ini akan dilancarkan di bawah syarikat rakaman baharu hasil usaha sama Big Hit, syarikat global ternama di belakang kumpulan pop Korea Selatan, BTS, dan UMG Geffen Records, syarikat rakaman di belakang nama-nama gergasi seperti Nirvana, Guns N’ Roses, Elton John dan Avicii.

Syarikat rakaman baharu tersebut akan beroperasi di Los Angeles serta akan bekerja rapat dengan Big Hit America, Geffen Records dan UMG.

Ahli-ahli kumpulan baharu ini akan dipilih melalui program uji bakat global yang akan mula ditayangkan pada tahun 2022. Program ini akan dibuat bersama rakan media utama di Amerika Syarikat. 

Tata kerja penerbitan kumpulan baharu ini akan dijalankan mengikut sistem K-pop, yakni sebuah produksi penuh yang menggabungkan elemen muzik, persembahan, fesyen, video muzik dan komunikasi bersama peminat.  

Big Hit akan menggunakan kepakarannya untuk mengetuai proses mencari, melatih dan membentuk artis baharu, proses ciptaan kandungan untuk para peminat dan pengurusan komunikasi peminat melalui platform WeVerse. 

Geffen Records pula akan bekerjasama dengan rakan media di Amerika Syarikat untuk menerbitkan program uji bakat. Selain itu, mereka juga menggunakan jaringan industri mereka untuk menguruskan bahagian penerbitan muzik, pemasaran dan operasi pengedaran global.

Pengumuman ini dibuat melalui platform KBYK VenewLive awal pagi tadi. Perluasan perkongsian strategik UMG dan Big Hit akan menyaksikan dua syarikat ini bekerjasama untuk menggalakkan para artis meneroka peluang baharu menggunakan inovasi dan teknologi. Sambil itu, kerjasama ini dapat memperluaskan jaringan global muzik dan budaya K-pop ke seluruh dunia. 

Para artis di bawah naungan UMG akan meneroka cara komunikasi baharu ‘direct to fans’ melalui platform WeVerse ciptaan Big Hit. Weverse adalah sebuah platform berasaskan komuniti dinamik yang membolehkan para peminat setia artis berhubung, berkongsi dan berinteraksi, melihat dan mendengar kandungan baharu serta membeli produk. Weverse sudah pun digunakan oleh artis-artis UMG seperti Gracie Abrams, New Hope Club, Alexander 23 dan Yungblud. Artis-artis Korea Selatan yang berada di platform Weverse termasuklah BTS, Seventeen, TXT, NU'EST, CL, dan Sunmi.

Minggu lalu UMG telah mengumumkan bahawa ia telah menjadi pelabur ekuiti untuk platform penstriman live premium KBYK bersama Big Hit, YG Entertainment dan Kiswe. - Getaran, 18 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...