web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini 

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Tak Mungkin' - Amsyar Lee

Jika sebelum ini Amsyar Lee dikenali sebagai tokoh media sosial yang popular berkat kebolehannya meniru suara ramai penyanyi wanita Malaysia, akhirnya dia kini muncul dengan lagu sendiri berjudul Tak Mungkin. Dicipta oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna sendiri 'Tak Mungkin' ada sedikit perbezaan daripada balada pop Melayu yang sering kita dengar. Namun perbezaan paling ketara adalah pada suara Amsyar yang sangat mirip dengan vokal seorang wanita. Seperti mana Tracy Chapman di Amerika Syarikat mempunyai suara persis seorang lelaki, Amsyar adalah sebaliknya. Dan lebih menakjubkan Amsyar mempunyai range atau cangkupan suara yang luas dan mampu mencapai not yang tinggi. Semoga kerjayanya akan terus berkembang dan memberi inspirasi kepada bakat lain sepertinya.

 

'Berakhirlah Pencarianku' - Hafiz Suip dan Ernie Zakri

Apa agaknya yang akan terjadi jika dua penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik digabungkan dalam satu lagu? sudah tentulah hasil nyanyiannya mantap dan tidak perlu sebarang pertikaian. Sebuah lagi karya ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, dengan lirik tulisan Datuk A. Aida, lagunya termasuk kategori ‘easy listening’ dan tidak terlalu memaksa. Namun, pada saya korusnya agak sukar diingati jadi ia mungkin agak sulit untuk menjadi siulan pendengar umum. Sungguhpun begitu, lagunya menyenangkan dan ada harapan mengumpul peminatnya tersendiri. 

 

'Sang Purnama' – Syazwan Shuhaimi

Moden dan segar. Itu dua kata yang boleh saya simpulkan tentang lagu ini. Dicipta serta ditulis oleh dua senior industri muzik Malaysia iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok, 'Sang Purnama' memberikan sesuatu yang sedikit berbeza daripada apa yang kerap kita dengar di corong radio Melayu tempatan. Variasi bunyi dan instrumen yang digunakan dalam lagu ini memeriahkan lagi persembahan iramanya. Biarpun nama lagunya 'Sang Purnama', ia sama sekali tidak memberikan bayangan lagu ‘berkonsep tradisional’ sungguhpun ia menggunakan judul yang bernuansa kesusateraan Melayu lama. Malah, gaya mid temponya menyenangkan dan menimbulkan suasana ceria. Syabas Sayzwan Shuhaimi. Semoga karya berikutnya akan lebih hebat lagi. 

 

'Perbatasan' - Nazmo dan Hanif Iqbal

Dalam keghairahan para pejuang hip hop Singapura dan Malaysia cuba mengembangkan genre muzik ini, rakan-rakan kita di Brunei juga tidak mahu ketinggalan. Karya Nazmo dan Hanif Iqbal ini yang berjudul 'Perbatasan' wajar dipuji dan tidak kurang hebatnya dengan lagu-lagu hip hop serantau yang sering disuakan buat halwa telinga kita kebelakangan ini. Merupakan penulis lirik dan komposer lagu tersebut. Lagunya ada hook yang mudah dan muziknya kontemporari. Kata-katanya juga ada mesej tersirat dan iramanya sangat mudah untuk dinikmati. Saya percaya jika lagu ini diberi promosi secukupnya ia mampu menjadi siulan ramai anak muda yang menyukai genre muzik hip hop. Semoga karya Nazmo dan Hanif Iqbal ini berjaya merentasi sempadan Brunei Darussalam dan menjengah kita di Malaysia dan Singapura.

 

'Kemesraan' - Nana Karia

Sebaik sahaja mendengar pembukaan lagu ini, saya terus teringat kepada kumpulan asal Indonesia Maliq & D’essentials. Suntikan nuansa jazz dengan susunan muzik yang moden serta menghiburkan membuatkan karya ini menyerlah berbanding lagu-lagu Melayu pop yang terlalu sering kita dengar di radio hari ini. Bayangan lagu-lagu Indonesia ada pada karya ini. Dicipta oleh Jaybon dan Bani Hidir dengan sentuhan lirik oleh Nana Karia sendiri, lagu ini sememangnya wajar diberi pujian kerana kesegaran serta keasliannya. Ditambah pula dengan suara hebat Nana yang pernah menyertai rancangan realiti Singapore Idol serta Anugerah, 'Kemesraan' benar-benar sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah hadiah buat penikmat muzik masa kini. Tahniah Nana di atas buah tangan ini. – Getaran, 11 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mushaf Al Huffaz Bantu Golongan Hafiz Menghafaz Dengan Sistematik

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN