web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu-Lagu Serantau Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, Shah Shamshiri berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 2:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Intan Payung' – Bunga dan Noraniza Idris

Lagu ini sebenarnya sudah lama dirancang untuk dikeluarkan sejak tahun lalu. Namun pandemik COVID-19 telah membantutkan proses penyiapannya. Walau bagaimanapun setelah lama direncana, ia dikeluarkan juga dan hasilnya sangat memuaskan. Menggabungkan dua orang penyanyi dari dua genre berbeza, 'Intan Payung' menyaksikan satu paduan mantap hip hop dari penyanyi rap berhijab pertama Malaysia Bunga dan juga ratu irama tradisional Noraniza Idris. Bersulamkan muzik ciptaan Luca Sickta serta bait-bait lirik puitis nan pedas Bunga, ia juga cukup rencah susunan muzik hip hop dan bunyian tradisional. Memenuhi citarasa trend masa kini, kami yakin 'Intan Payung' akan mudah diterima ramai dan menjadi kegemaran di radio! ‘Janganlah sanjung sampai kaduk naik junjung,’ nyanyi Noraniza Idris dalam lagu ini.

'Juwita' – Here Comes July

Pasti ramai tidak tahu bahawa drama TV popular ‘Takdir Yang Tertulis’ sebenarnya mempunyai banyak lagu dalam runut bunyi mereka. Selain balada-balada nukilan Farouk Roman ada juga lagu lain dengan konsep muzik berbeza. Salah satunya adalah lagu ini oleh kumpulan muzik baharu di bawah naungan Sony Music, Here Comes July. Mempertaruhkan lagu 'Juwita' yang turut mewarnai drama tersebut, lagu ini sangat menyenangkan halwa telinga. Membawa konsep easy listening, 'Juwita' sesuai didengar jika anda sukakan lagu yang menenangkan namun masih mampu menghiburkan jiwa. Alunan gitar yang dipetik dari irama kugiran mengingkatkan kita pada beberapa kumpulan indie yang kadang membawa melodi dan genre yang sama. Digubah oleh Arfan Zainuddin dengan lirik oleh Wan Lukman, lagu ini ada harapan yang besar jika mendapat promosi secukupnya. Kami juga yakin Here Comes July mampu pergi jauh jika dipasarkan dengan betul!

'Sepi' – Aina Abdul

Aina Abdul yang pernah mencuri perhatian di pentas akhir AJL tahun 2020 lalu sememangnya mempunyai vokal yang sangat mantap. Lagu 'Sepi' merupakan persembahan terbarunya yang dicipta dan ditulis sendiri oleh Aina. Melodi lagu ini cukup indah dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Berhiaskan suara Aina yang sangat kuat dan padu seolah-olah melengkapkan lagi buah tangan terbaru bintang yang menjuarai kategori ‘idol’ rancangan 'Vokal Mania' ini.  Seperti setiap lagunya Aina tidak pernah segan untuk menyerlahkan kemantapan vokalnya yang dibiarkan beralun secara semula jadi di hujung lagu. Kami yakin Aina memang seseorang yang berani mencuba dan bereksperimentasi untuk melahirkan sedikit kelainan. Kami nantikan buah tangan terbarunya selepas ini.

'Luka Hati' – Alan D dan Faizal Tahir

Faizal Tahir tidak pernah mengecewakan kalau soal penciptaan lagu. Baik lagu sendiri mahupun lagu nyanyian artis lain, dia pasti berjaya menonjolkan sesuatu yang berbeza. 'Luka Hati' merupakan satu contoh yang baik di mana Faizal bergabung dengan seorang bintang baru bernama Alan D. Sisipan beberapa bait lirik di dalam Bahasa Inggeris untuk lagu ini seperti sudah menjadi sebahagian identiti lagu-lagu Faizal yang kerap bermain dengan dua bahasa. Lagu ini juga ada nuansa seperti lagu-lagu antarabangsa yang didengar di radio bahasa Inggeris masa kini. Berbekalkan melodi yang santai namun catchy, 'Luka Hati' juga mampu menjadi siulan anak muda yang menyukai irama sedemikian rupa.

'Mungkin' – Sarah Suhairi

Bekas juara Big Stage musim pertama kembali dengan lagu baharu ciptaan dan tulisan rakan seperjuangannya Ariff Bahran bersama dengan Rinkarnaen, serta Zack Merican. Berlandaskan irama pop yang sering didengari di ruang radio, ‘Mungkin’ ada persamaan dengan beberapa lagu balada yang barangkali pernah kita nikmati sebelum ini. Sungguhpun begitu, saya bependapat bahawa Sarah sebenarnya mampu memberikan yang lebih baik dari apa yang disampaikan lewat karya ini. Mempunyai nada suara yang unik, Sarah menyelamatkan lagu ini dengan alunan vokalnya. Semoga buah tangan selepas ini lebih baik dari yang sekarang! – Getaran, 17 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN