web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 2:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Menawan' - Marhaen

Kehadiran kumpulan vokal sering dialu-alukan dan kemunculan Marhaen memenuhi ruang ini menceriakan lagi industri seni suara tempatan. Mempertaruhkan 'Menawan', ciptaan Hisyam Elharith dengan lirik oleh Hisyam Elharith serta Afiq Aminuddin ini, ia  sebuah lagu feel good yang boleh dinikmati semua golongan. Iramanya agak moden dan tidak terperangkap dengan acuan lagu-lagu pop Melayu ‘tangkap leleh’ yang kadang membosankan. Susunan muziknya yang baik di samping vokal ahli kumpulan ini membuatkan karya ini lebih sedap didengar dan berpeluang mengumpul peminatnya yang tersendiri.

 

'Hamba' - Fattah Amin feat. Kmy Kmo

Tidak pernah berputus asa, pelakon popular Fattah Amin terus mewarnai industri muzik dengan karya terbaharunya yang berunsur kerohanian. Hamba merupakan ciptaan dan tulisan komposer yang juga penyanyi berbakat Hafiz Hamidun bersama artis hip hop sedang meningkat naik Kmy Kmo manakala liriknya pula nukilan Mel Ramlan. Bagi saya ia satu langkah yang bijak kerana korus lagu ini sangat mudah diingati dan ada hook yang menyenangkan. Saya yakin jika lagu ini diberi putaran radio yang adil ia mungkin menjadi siulan ramai orang sesuai statusnya sebagai sebuah lagu peringatan dan kesyukuran. 

 

'Biar Jauh' - Shasa

Wajar diberi pujian kerana percubaan pendatang baru bernama Shasa ini ada kualiti yang tersendiri. Ia agak kontemporari dan susunan muziknya dibuat dengan kemas. Ditulis oleh Shasa sendiri bersama rakannya Faezah, 'Biar Jauh' menyimpulkan kisah cinta jarak jauh yang pernah dialami penyanyi ini sewaktu dirinya melanjutkan pengajian di luar negara sedekad lalu. Suara Shasa yang agak unik dengan nada serak-serak basah membantu menghidupkan lagi lirik lagu ini.  

 

'Teman Bicara' - Hazrul Haziq

Gembira rasanya mendengar lagu-lagu Melayu Singapura yang semakin hari semakin berkualiti. Karya ciptaan Addycradle dengan lirik oleh Jaybon ini dilagukan dengan begitu baik sekali oleh penyanyi muda bernama Hazrul Haziq ini. Iringan gitar melengkapkan melodinya yang mudah namun diperkayakan dengan susunan muzik yang baik. Tidak ketinggalan zaman dan terikat dengan gaya muzik pop rock Melayu era 90-an, Teman Bicara jelas progresif dan mempunyai korus mudah diingati. Moga lebih banyak karya Hazrul Haziq dapat kita dengar pada masa hadapan. 

 

'Tetap Bahagia' - Fairuzneezan

Lagu Brunei pilihan saya minggu ini merupakan karya nyanyian seorang penyanyi wanita bernama Fairuzneezan. Lagu berjudul 'Tetap Bahagia' ini telah dicipta sepenuhnya oleh Ezueone yang sememangnya sinonim dengan dunia muzik Brunei Darussalam. Sesuai dengan suara penyanyinya yang merdu, 'Tetap Bahagia' merupakan lagu yang mudah dan tidak berlebihan susunan muzik dan gubahannya. Ia sedap didengar dan melodinya juga tidak terikat dengan lagu pop melayu yang terlalu kerap berputar di radio. Dengan sedikit kemodenan yang disuntik dalam lagu ini, ia wajar diberikan peluang yang lebih besar. – Getaran, 28 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Cukup Menjadi Bermanfaat Buat Manusia, Menjadi Baik Itu Urusanmu Dengan Pencipta” Netizen Puji Keperibadian Fazura

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit Kunci Mulut, Fattah Amin Watak Utama Filem Pahlawan Awang Bersama Fazura Selepas Mat Kilau?

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Hanya Ada Masa 2 Bulan Lagi - Anak Saudara Fattah Amin, Hidap Sakit Genetik, Kos Rawatan Cecah RM9 Juta 

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN