web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanye Keluarkan Album Baharu? Acah Saja, Belum Lagi

Bukan Kanye Westlah kalau tidak aneh atau sensasi. Pemuzik ternama ini mengejutkan para peminat dengan berita terkini tentang album baharunya, ‘Donda’. Tetapi, di manakah album itu sekarang?

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 9:00AM

Kanye West. Gambar: Angela Weiss, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kanye West memang luar biasa. 

Rapper ternama ini telah mengadakan majlis pradengar albumnya di sebuah stadium di Amerika Syarikat baru-baru ini. 

Berbondong-bondong peminat West telah membanjiri Stadium Atlanta untuk mendengar lagu-lagu daripada album terbaharunya yang bertajuk Donda. Album ke-10 West ini sepatutnya berada di pasaran Jumaat lalu, tetapi seperti kebiasaan album-album sebelumnya, ia ‘terbabas’ tarikh pelancarannya.

West tiba dua jam lewat ke majlis pradengar yang sold-out ini. Pengumuman untuk acara ini juga dibuat cuma beberapa hari sebelum ia diadakan. 

Sepanjang acara yang turut dihadiri oleh bekas isterinya, Kim Kardashian dan anak-anaknya, para peminat mendengar lebih daripada 12 lagu baharu nukilan West sambil melihat West di atas pentas ‘membuat persembahan’ tanpa menggunakan mikrofon. 

Nama album ini diambil sempena nama mendiang ibu West yang meninggal dunia pada tahun 2007. Nampaknya karya terbaharu ini masih meneruskan tema keagamaan. Namun, ada juga lagu-lagu dan bait-bait lirik yang merujuk kepada perceraiannya dengan Kardashian. 

Yang mengejutkan para peminat adalah penampilan suara Jay-Z yang sudah bertahun-tahun tidak bertegur sapa dengan West. Nama-nama besar lain yang turut menjayakan album Donda adalah Travis Scott, Pusha T, Lil Baby dan mendiang Pop Smoke. 

"Hold up, Donda, I'm with your baby when I touch back road / told him stop all of that red cap, we goin' home," dendang Jay-Z, merujuk kepada sokongan West kepada mantan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada satu masa dahulu. Para penyokong Trump mengenakan topi merah sebagai tanda sokongan. 

Sebelum acara pradengar ini, West telah memperdengarkan lagu ‘No Child Left Behind’ melalui iklan Beats by Dre yang dibintangi pelari pecut Amerika Syarikat, Sha'Carri Richardson. Iklan ini ditayangkan semasa perlawanan akhir NBA Selasa lalu.

Menurut media serta petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan di media sosial, nampaknya album Donda masih dalam proses pembuatan. 

West dikatakan masih ‘menggodek-godek’ lagu-lagu yang ada sehingga saat akhir sebelum majlis pradengar di Stadium Atlanta. 

Sehingga tengah hari Jumaat, belum ada bayang album yang sudah siap daripadanya. 

Dan ini bukan kali pertama ia terjadi. 

Jesus Is King, album gospel West dikeluarkan pada waktu yang tak dijangka selepas terlepas beberapa tarikh pelancaran. Album ini telah memenangi satu anugerah Grammy. 

Rapper merangkap usahawan ini terkenal dengan sifatnya yang mementingkan kesempurnaan. Beliau masih membetul-betulkan album The Life of Pablo walaupun album itu sudah berada dalam pelbagai platform penstriman secara sah. 

West telah memberi sedikit gambaran album Donda lebih kurang setahun lalu, semasa beliau membuat pengumuman untuk menjadi calon bebas menyertai pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat 60,000 undian dari 12 negeri dalam pilihan raya itu. 

Beberapa bulan selepas itu, Kardashian memfailkan perceraian, sekali gus menamatkan perkahwinan hampir sedekad pasangan ternama ini. 

Namun nampaknya, sejak itu, West tidak hanya duduk diam dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Tidak cukup dengan albumnya sendiri, beliau telah menerbitkan single terbaharu Lil Nas X ‘Industry Baby’ yang baru dilancarkan minggu lalu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

2

Sukan 3 tahun yang lalu

PSM Rancang Pasang Sistem VAR Di Stadium Nasional Bukit Jalil

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Meski Hujan Lebat, Ribuan Umat Islam ‘Setia’ Berselawat Bersama PM

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Twitter Sekali Lagi Sekat Akaun Penyanyi Kanye West

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN