web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenali Omar Nordin, Permata Pertama Mokenz Music Entertainment

Omar Nordin mengeluarkan single pertamanya berjudul ‘Aku’.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda mendengar nama Omar Nordin? Meskipun penyanyi berbakat ini baru sahaja menapak dalam industri muzik tempatan, namun sejak awal pembabitannya dia telah memasang pendirian bahawa akan terus kekal dan menjadi salah seorang pemuzik terbaik generasi ini.

Omar merupakan permata pertama dalam senarai semasa syarikat rakaman Mokenz Music Entertainment dan bakal bersinar dalam dunia hiburan tidak lama lagi. Kini, Omar telah mengeluarkan single pertamanya berjudul ‘Aku’.

Baru-baru ini kami sempat menemu ramah penyanyi ini lewat sidang media secara atas talian di aplikasi Zoom. Dalam sidang media ini, Omar telah berkongsi tentang single terbaharunya ‘Aku’ dan beberapa perkara lain. 

Walaupun lagu ini mengangkat subjek yang agak berat namun ia sarat dengan mesej positif. Malahan senikata yang disusun dengan prosa mudah dan puitis membawa makna yang tersirat serta mendalam.

“Lagu ini ditulis ketika saya berada dalam sebuah tempat yang gelap. Ia menceritakan tentang penerimaan diri terhadap kesihatan mental dan penyedaran bahawa ada orang lain di luar sana yang turut mengalami masalah yang sama. Kalau tidak pun, lebih teruk.

“Saya ingin menasihati orang ramai bahawa terdapat pelbagai cara dan jalan keluar bagi menangani cabaran yang dihadapi melalui lagu ini. Saya tahu, selepas setiap penderitaan pasti terselitnya kebahagiaan seumpama pelangi yang hadir selepas setiap hujan,” kata Omar.

Tambahan lagi, lagu ini juga merupakan nukilan yang sangat bermakna dan mencerminkan dirinya sebagai seorang individu.

“Lagu ini merupakan lagu pertama yang saya hasilkan sepenuhnya. Oleh sebab saya tahu apa yang ingin saya sampaikan, ia tidaklah begitu sukar bagi saya menterjemahkan isi hati dalam bentuk lagu. 

“Saya mengambil masa tiga bulan untuk melengkapkan lagu ini memandangkan saya sangat pentingkan kesempurnaan dalam semua karya saya,” tambah Omar.

Omar juga berkongsi bahawa kedua sahabat baiknya, Marsya dan Hareth merupakan sumber inspirasi dalam menambahkan lagi minatnya terhadap dunia muzik dengan lebih mendalam.

“Walaupun saya banyak menghadapi jalan berliku dalam perjalanan saya sebagai seorang pemuzik, mereka sentiasa mendorong minat saya untuk mengenali lebih banyak gaya dan genre muzik. Ini agar saya dapat mencari suara sendiri dalam industri ini sekali gus menambahbaik diri menjadi pemuzik yang lebih berkaliber,” jelas Omar.

Di samping itu, Omar juga merupakan salah seorang penuntut di Management and Science University dan dikenali sebagai seorang yang sangat aktif dalam bidang nyanyian di peringkat Universiti. Malahan selalu dijemput untuk membuat persembahan di majlis yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Lagu terbaharu Omar Nordin berjudul ‘Aku’ bakal berada di semua pelantar digital seperti Spotify, YouTube, iTunes, Apple Music dan Joox pada bulan depan. - Getaran, 30 Jun 2021

Semua gambar: Mokenz Music Entertainment

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN