web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Martin Looi Tafsir Semula Lagu-lagu Ikonik Dalam Album Baharu 'Velvet Alibi

Walaupun mengandungi elemen yang dikenali, album ini kekal sebagai karya asli dengan biola sebagai teras menampilkan bunyi lebih gelap dan sinematik, berbeza daripada gaya pop ceria dalam karya terdahulu beliau

Muzik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2026 12:19PM

Gambar Martin Looi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemain biola Martin Looi melancarkan album baharu berjudul Velvet Alibi, yang disifatkannya sebagai evolusi seni lebih berani dan turut memperkukuh kedudukannya dalam muzik instrumental kontemporari.

Album lapan lagu yang dilancarkan pada 25 Mac itu menampilkan tafsiran semula moden beberapa lagu terkenal seperti "Standing In The Eyes Of The World" nyanyian Ella, "Golden" daripada filem animasi K-Pop: Demon Hunters serta "Running Up That Hill (A Deal with God)" oleh Kate Bush.

Walaupun mengandungi elemen yang dikenali, album ini kekal sebagai karya asli dengan biola sebagai teras menampilkan bunyi lebih gelap dan sinematik, berbeza daripada gaya pop ceria dalam karya terdahulu beliau.

"Album ini adalah sebagai usaha saya untuk keluar dari zon selesa. Saya mahu meneroka potensi biola apabila digandingkan dengan nuansa sinematik yang lebih kasar serta mencari keindahan pada sisi bunyi lebih gelap yang saya gemari," kata Looi dalam kenyataan hari ini.

Artis yang juga komposer dan penerbit itu turut menggambarkan konsep Velvet Alibi sebagai "misteri elegan", menggabungkan gaya mewah dengan emosi mendalam yang berpaksikan pada gaya instrumental kontemporari sinematik.

Dilatih dalam muzik klasik sejak kecil, Looi dikenali kerana menggabungkan unsur hip-hop, R&B, pop dan elektronik dalam karyanya, sekali gus menjadikan biola sebagai instrumen utama moden bukan sekadar suara latar dalam orkestra.

Tidak terikat dengan kerja-kerja di studio, artis ini turut membuat persembahan di acara-acara besar dan pentas antarabangsa, meraih pengiktiratan menerusi persembahan yang mempesona. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Budaya 13 jam yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

Selepas mara ke Pentas Akhir Singer Malaysia, Yazmin bakal membuat persembahan di salah satu festival kebudayaan terbesar Mongolia hasil jemputan peribadi darip...

oleh Sophia Ahmad