web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kabut Serangkai Mawar - Mafarikha

Meremang. Itu yang mampu kami simpulkan. Sebaik sahaja mendengar suara Mafarikha masuk mengisi melodi lagu ini, seolah-olah semuanya terhenti berkat vokalnya yang merdu. 'Kabut Serangkai Mawar' sememangnya bukanlah karya asing buat peminat tegar muzik Melayu. Lagu asal nyanyian penyanyi hebat Zaiton Sameon ini pernah menjadi salah satu lagu popular di zaman kegemilangannya pada era 80-an dahulu. Dan kini versi baharu yang dirakam semula oleh Mafarikha ini nampaknya mampu memberi perspektif yang lebih kontemporari buat generasi hari ini. Dengan susunan muzik yang lebih segar oleh Ashraf Aasimudin, karya hebat ciptaan M. Nasir ini pasti mampu meraih segerombolan peminat baharu. Syabas Mafarikha! 

Nukilanku - Aisha Retno

Satu lagi lagu runut bunyi untuk sebuah siri drama berjudul 'Masih Ada Rindu' menjadi taruhan pasangan komposer Farouk Roman dan penyanyi serta penulis lirik berbakat Aisha Retno. Seperti biasa tiada yang cela pada suara Aisha yang sememangnya bijak bermain vokal dalam setiap nyanyiannya. Lantunan suaranya kekal utuh tiap kali menyampaikan balada dan lagu 'Nukilanku' ini adalah sebuah lagi bukti kemantapan vokalnya. Sedap didengar dan tidak berlebihan lagu ini agak mirip dengan karya-karya yang pernah dibawa oleh Aisha sebelum ini. Ini mungkin kerana identiti muzik Farouk Roman sudah sinonim dengan balada sedemikian rupa namun yang pasti lagunya merdu dan menyenangkan. Semoga mereka berdua dapat menghasilkan sesuatu yang agak berbeza dari biasa di masa hadapan.

Cinta - Marsha Milan

Sebuah lagi balada yang dipetik dari siri drama 'Masih Ada Rindu' juga , 'Cinta' ada sedikit kelainan kerana ia merupakan ciptaan penuh Akim dan Stacy di balik nama Bunga Cantik serta Hang Nadim. Suara Marsha yang sememangnya unik berjaya membawa lirik nukilan Hang Nadim menyatu dengan susunan muzik karya ini. Ditambah pula dengan kekuatan vokal Marsha yang ditekankan di bahagian tertentu, Cinta bukan sekadar sebuah balada kosong utnuk mengisi senarai lagu tapi boleh pergi jauh jika diberi peluang.

Rambang - Shalma Eliana

Segar dan berbeza. 'Rambang' lari dari norma balada yang sudah sering kita dengari di radio. Sulaman irama R & B yang dimasukkan dalam teras pop susunan muziknya membuatnya kedengaran unik. Dicipta dan ditulis oleh Mas Dewangga bersama Firdaus Rahmat karya ini wajar diberi perhatian. Ia juga memberi peluang kepada Shalma Eliana untuk menyerlahkan kehebatan vokalnya yang jarang diberikan peluang untuk ke udara di radio. Semoga lagu ini akan menaikkan lagi namanya dalam industri muzim tempatan.

Hanyut - Black Hanifah

Sudah lama kami tidak mendengar karya terbaharu daripada bekas juara rancangan realiti Mentor ini. Melalui lagu berjudul 'Hanyut' ini Black seperti biasa menyerlahkan vokalnya secara perlahan-lahan. Bermula dengan nada rendah di awal pembukaan lagu, suaranya perlahan-lahan memanjat naik dan memberikannya peluang menunjukkan trademark suaranya yang memang sesuai dengan balada rock. Namun sayang sekali biarpun menjadi runut bunyi siri drama 'Sabarlah Duhai Hati', lagu ini agak mirip dengan lagu-lagu yang pernah kita dengar sebelum ini. Semoga percubaan Black selepas ini akan lebih hebat dari sebelumnya. - Getaran, 9 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN