web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:27AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat setia kugiran sensasi pop-punk Amerika, All Time Low yang boleh melonjak girang kerana kumpulan ini akan kembali ke Kuala Lumpur setelah 13 tahun berlalu.

Kali terakhir kumpulan ini membuat persembahan di Malaysia ialah pada tahun 2011, apabila mereka beraksi sebagai headliner bersama The Used di Rockaway Festival.

Jadi, jika anda merindui persembahan secara langsung daripada kumpulan yang pernah berkolaborasi dengan Demi Lovato ini, jangan lupa tandakan kalendar pada 28 April hadapan.

All Time Low akan menggegarkan pentas ZEPP Kuala Lumpur dengan persembahan penuh bertenaga lagu-lagu hit yang pernah mendominasi carta.

Konsert ini merupakan konsert pembukaan untuk siri jelajah FOREVER Asia Tour, All Time Low bersempena dengan ulang tahun ke-20 kumpulan ini.

Menerusi  akaun Instagram mereka, All Time Low menggambarkan mereka bakal mempersembahkan lagu-lagu yang belum pernah mereka persembahkan di Malaysia sebelum ini.

Pengasas RK Live, Rahul Kukreja dalam satu kenyataan media memberitahu mereka cukup teruja apabila dapat dapat berkolaborasi dengan kumpulan ini sekali lagi.

“Ini sesuatu yang istimewa bagi kami kerana kami pernah menjemput All Time Low untuk Rockaway Festival yang lalu, dah kedatangan mereka pada April hadapan sememangnya dinanti-nantikan,” ujarnya.

Selain Malaysia, kumpulan ini juga akan membuat hentian di Jakarta, Manila, Singapura, Tokyo, Nagoya, dan Osaka untuk siri jelajah ini. Artis-artis lain yang akan turut beraksi untuk konsert terbabit akan diumumkan pada tarikh akan datang.

Jangan lepaskan permulaan FOREVER Asia Tour, All Time Low di Malaysia! Tiket-tiket berharga RM313 (CAT 1), RM383 (CAT 2) RM353 (CAT 3) boleh dibeli di https://www.ticketmelon.com/rklive/atlkl.

Jika mahu menikmati layanan VIP, seperti acara 'meet and greet', akses ke kawasan VIP di hadapan pentas dan akses untuk menyertai ‘after party’ dengan seorang teman, anda boleh buat bayaran tambahan sebanyak RM300. 

Untuk rujukan, All Time Low yang berasal dari Maryland, Amerika Syarikat, adalah pemegang multi-platinum dengan menjuarai banyak carta lagu dengan lagu-lagu yang mengujakan.

Katalog mereka terdiri daripada lima album Top 10 berturut-turut di Billboard Top 200 dan mendapat pengiktirafan multi-platinum, platinum, dan emas. Sebagai bukti impak mereka, majalah Rolling Stone telah menamakan album kedua mereka yang berjudul ‘So Wrong, It's Right’ antara ‘50 Greatest Pop Punk Albums’.

Pada tahun 2020, mereka berjaya mencapai taraf komersial dan kritikal tertinggi melalui album penuh kelapan mereka, ‘Wake Up, Sunshine’. Selepas muncul dengan nombor 1 debut di Top Rock Albums Charts, mereka kemudian melahirkan hit terbesar dalam kerjaya mereka, ‘Monsters’ [feat. blackbear].

Lagu ini meraih tangga teratas di Billboard Alternative Airplay Charts selama 18 minggu dan muncul sebagai lagu paling lama berada dalam carta Modern Rock. Selain daripada mencapai platinum, lagu ini turut memenangi gelaran, ‘Alternative Rock Song of the Year’, di iHeartRadio Music Awards 2022. – Getaran, 29 Mac 2024

Foto : RK Live

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM