Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lagu Raya Baharu Untuk Temani Anda ‘Balik Raya’

Trio artis Rocketfuel Entertainment, Nadeera, Wani Kayrie & Indah Ruhaila nyanyikan lagu raya terbaharu tahun 2024.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 4:33PM

Nadeera, Indah dan Wani Kayrie tampil dengan lagu Balik Raya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini, tiga penyanyi wanita di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Nadeera, Wani Kayrie dan Indah Ruhaila berganding suara dalam sebuah single Raya yang cukup menghiburkan berjudul ‘Balik Raya’.

Trio ini menyampaikan lagu ketika majlis pelancaran baru-baru ini.
Trio ini menyampaikan lagu ketika majlis pelancaran baru-baru ini.

Lagu raya ciptaan komposer muda berbakat, Rushdan ini bernuansa pop moden dengan sentuhan klasik.

Penerbitan lagu ini pula mengambil masa selama dua bulan kerana proses rakaman dilakukan secara berasingan untuk setiap artis yang terlibat.

Sempena sambutan hari raya dan pelancaran muzik video ‘Balik Raya’ yang diadakan di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil, Rocketfuel Entertainment & Pavilion Bukit Jalil selaku tuan rumah mengadakan tontonan istimewa dan iftar khas bersama rakan-rakan dari media.

Bagi pendatang baharu, Nadeera, pengalaman merakamkan lagu raya pertamanya merupakan momen yang tidak mungkin akan dilupakan dan mengakui bersyukur mendapat peluang.

Nadeera.
Nadeera.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan gembira kerana dapat menghasilkan lagu Raya ini bersama penyanyi-penyanyi hebat seperti Wani Kayrie dan juga Indah Ruhaila.

“Sebagai artis baharu, raya kali ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun dahulu kerana saya mula mendapat ucapan raya daripada peminat-peminat.

“Selain itu, tiada beza sangat. Seperti biasa saya akan beraya bersama keluarga dan memilih untuk bersederhana Sahaja,” katanya.

Bagi Indah pula, sebagai ahli terbaharu keluarga besar Rocketfuel Entertainment, pengalaman merakamkan muzik video ‘Balik Raya’ pastinya tidak akan dilupakan.

Indah Ruhaila.
Indah Ruhaila.

“Bayangkan kami melakukan proses penggambaran MV (video muzik) selama 24 jam! Penggambaran tamat sekitar jam 5 pagi dan mujurlah ia dilakukan sebelum bulan puasa di Sekinchan. Paling seronok dapat bekerjasama dengan rakan-rakan artis lain di bawah satu bumbung.

“Dan lebih menarik lagi, Wani dan saya sempat mencipta koreografi sendiri sewaktu penggambaran dan semoga ia menjadi dance challenge di media sosial nanti,” kongsi Indah.

Bagi Wani pula, lagu ini mewaliki ramai orang yang pasti mencari masa untuk pulang ke kampung halaman untuk berhari raya walau sesibuk mana pun.

Wani Kayrie.
Wani Kayrie.

“Sebagai anak seni yang mencari rezeki di Kuala Lumpur, apabila tibanya Hari Raya pasti saya akan mencari masa untuk pulang ke kampung halaman di Sandakan, Sabah bagi meraikannya bersama keluarga tercinta.”

“Pengertian ‘Balik Raya’ itu cukup luas, jadi saya harap lagu ini boleh meniup semangat kebersamaan apabila didengari. Rebutlah peluang untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan manfaatkanlah masa bersama dengan sebaiknya,” ujar Wani.

Nadeera, Wani dan Indah masing-masing berharap agar lagu baharu itu mendapat sambutan yang balik dan dimainkan setiap kali musim perayaan tiba, seterusnya menjadi siulan ramai.

“Semoga lagu ‘Balik Raya’ daripada trio wanita ini dapat diterima baik oleh semua pendengar kerana melodinya yang easy-listening dan malar segar,” ujar Wani.

‘Balik Raya’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan. Selain itu, ia juga boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala muzik videonya boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network. – Getaran, 26 Mac 2024

Foto : Rocketfuel Network

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 23 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN

Selebriti 20 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran