Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiket Konsert Kumpulan K-pop Sensasi, ONEUS Mula Dijual 19 Mac Ini

Ia penampilan pertama kumpulan ini di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 4:58PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khabar gembira untuk peminat kumpulan K-pop, ONEUS kerana kumpulan sensasi dari Korea Selatan itu akan membuat penampilan sulung di Malaysia apabila negara ini menjadi sebahagian daripada destinasi siri jelajah 2024 ONEUS 2nd World Tour 'La Dolce Vita’.

Dijadualkan pada 4 Mei hadapan, ONEUS akan bertentang mata dengan peminat di Zepp Kuala Lumpur dengan barisan lagu-lagu popular yang pastinya menjadi siulan ramai.

Jika anda salah seorang peminat yang sudah lama mengimpikan saat-saat ini, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan rebut tiket yang akan mula dijual bermula 19 Mac di  https://my.bookmyshow.com/events/ONEUS2ND  dan KLOOK.

Istimewa untuk konsert ini, setiap pembelian tiket datang dengan cenderahati dan pelbagai manfaat lain bagi memberikan pengalaman yang sukar dilupakan.

Untuk tiket VIP Rock Zone (berdiri) yang berharga RM688 misalnya, anda bukan sahaja boleh menyaksikan konsert, tetapi turut berpeluang untuk melihat kumpulan ini melakukan ‘soundcheck’, peluang bergambar bersama ONEUS, dan mendapat pelbagai kad foto yang turut ditandatangani oleh anggota kumpulan ini.

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang harga tiket dan faedah yang boleh anda nikmati:

Harga tiket konsert ONEUS yang ditawarkan.
Harga tiket konsert ONEUS yang ditawarkan.

Perlu diingatkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah serta wanita hamil tidak dibenarkan berada di kawasan VIP, CAT 1 dan CAT 3 manakala kanak-kanak bawah umur dua tahun tidak dibenarkan di tempat duduk bernombor, CAT 2.

ONEUS yang dianggotai oleh Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion, amat popular di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjaya pada tahun 2019 di bawah label RBW.

Lagu-lagu dendangan ONEUS berjaya menduduki carta teratas termasuk satu album studio dan 10 album mini yang menampilkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan Sepanyol.

Terkenal dengan lagu hits seperti Valkyrie, LIT, No Diggity, Same Scent, dan LUNA, ONEUS telah melakukan banyak persembahan di luar negara asal mereka. Antara negara yang telah dijelajahi oleh mereka ialah Jepun, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. – Getaran, 17 Mac 2024

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

Lebih sedekad dalam industri muzik, Adira Suhaimi sudah merakamkan lebih 10 lagu runut bunyi

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 18 jam yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Penyanyi popular era 70-an ini dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

oleh Helmi Anuar