web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AR Rahman Sah Sertai Prambanan Jazz Festival Julai Hadapan

Pemenang Oscar dan Grammy itu akan mengadakan persembahan di Pentas Persembahan Istimewa pada hari Sabtu, 6 Julai.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:12AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Prambanan Jazz Festival yang ditunggu-tunggu ramai tahun ini akan menampilkan pemenang Oscar dan Grammy, AR Rahman dalam acara yang dijadualkan selama tiga hari bermula dari 5 hingga 7 Julai 2024,

Perkara ini diumumkan oleh Rajawali Indonesia, promoter bagi festival ini. Bagaimanapun, penyertaan AR Rahman ini bukanlah untuk tiga hari berturut-turut, sebaliknya beliau hanya akan mengadakan persembahan di Pentas Persembahan Istimewa pada Sabtu, 6 Julai 2024.

AR Rahman mendapat tempat di hati Indonesia susulan penampilan sulung beliau dalam runut bunyi filem ‘Slumdog Millionaire’ (2008), dengan lagu Jai Ho yang ikonik sehingga meraih Anugerah Academy kali ke-81.

Dengan sumbangan selama lebih 30 tahun kepada industri perfileman India, beliau menjadi salah seorang ahli muzik yang paling berjaya dan berpengaruh di negara terbabit.

Keghairahan beliau mengadakan konsert di serata dunia mempengaruhi peminat di Eropah, Amerika dan pelbagai negara Asia.

Penyertaan AR Rahman dijangka menjadi tarikan utama kepada festival yang berlangsung di Kuil Prambanan, Yogyakarta, Indonesia ini.

Sebelum ini, konsert muzik bertaraf dunia itu pernah menampilkan artis-artis terkenal seperti Kenny G, Brian McKnight, Boyz II Men, Diana Krall, Sarah Brightman dan Yanni.

Prambanan Jazz Festival memegang kedudukan unik sebagai satu-satunya konsert muzik jazz yang berlatar belakangkan pusat warisan kebudayaan yang disenaraikan oleh UNESCO, di Kuil Prambanan.

Sebagai satu inisiatif diplomasi kebudayaan, festival ini menggabungkan hasil ciptaan agung kuil bersejarah, muzik dan seni persembahan.

Menginjak penganjuran bagi tahun ke-10, Prambanan Jazz Festival tetap komited terhadap misinya.

Pengasas Rajawali Indonesia dan Prambanan Jazz Festival, Anas Alimi, menjemput orang ramai untuk menyaksikan acara ini kerana ia menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan.

"Saya menjemput anda untuk menyaksikan persembahan AR Rahman di atas pentas Persembahan Istimewa Prambanan Jazz, berlatarbelakangkan landskap Kuil Prambanan yang indah.

“Tempat eksotik ini menyediakan suasana intim dengan maksimum 5,000 tempat duduk, bagi memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua hadirin," ujar beliau.

Harga tiket bermula daripada Rp 900.000 (tidak termasuk bayaran masuk, cukai dan pentadbiran Kuil Prambanan). Semua kategori tiket boleh dibeli di aplikasi dan laman web Traveloka. – Getaran, 12 Mac 2024

Foto : @prambananjazz

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN