Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AJL38 Raih 6.4 Juta Tontonan, Meningkat Berbanding Tahun Lalu

Capaian menerusi platform media sosial turut menunjukkan peningkatan sebanyak 39.3 peratus dengan catatan jumlah 3.2 billion capaian

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Mar 2024 5:13PM

gambar TV3

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) terbukti paling ikonik apabila ramai melahirkan rasa terharu dan gembira apabila lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari, Hasrat dinobatkan sebagai juara lagu. 

Kemenangan karya yang penuh emosi dan mencengkam hati ini yang didendangkan sendiri oleh Amir, dianggap berjaya membawa AJL ke landasan asalnya, iaitu mengiktiraf lagu-lagu terbaik, bukan kerana populariti.  

Paling membanggakan apabila anugerah berprestij itu berjaya mencapai 6.4 juta tontonan TV yang menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus, berbanding dengan AJL37 sepanjang siaran langsungnya di TV3 pada 3 Mac 2024 lalu, bermula jam 9.00 malam. 

Capaian tontonan TV tersebut juga adalah rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sejak 2021. Jumlah tontonan menerusi strim langsung secara eksklusif di www.tonton.com.my mahupun aplikasi Tonton pada 3 Mac 2024 juga mencatat peningkatan sebanyak 153 peratus jumlah jam tontonan di Tonton. 

Capaian menerusi platform media sosial turut menunjukkan peningkatan sebanyak 39.3 peratus dengan catatan jumlah 3.2 billion dan sohor di media sosial  selama tiga hari.  (sumber: Nielsen, Tonton & Meltwater).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, AJL38 berjaya mencapai matlamat sebagai AJL paling ikonik dalam penganjurannya untuk memartabatkan lagu terbaik.

 “Persembahan pembukaan yang memukau dan tema MUZIKAVERSE juga mencetuskan ilham dan kreativiti yang luar biasa daripada semua pihak seperti pihak station, produksi  dan barisan finalis AJL 38 dan turut menyumbangkan konsep persembahan dan rekaan pentas yang sangat unik.

“Bagi pihak TV3, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada lebih 200 warga kerja Media Prima yang terlibat dalam menjayakan AJL 38.

“Teruskan berkarya dan memberikan kandungan yang segar, menarik, menghiburkan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua.

“Terima kasih juga kepada pihak penaja yang bersama-sama merealisasikan pentas AJL paling ikonik ini,” ujar beliau.

Sejak penganjurannya, AJL bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Anugerah Juara Lagu adalah platform penting dalam industri muzik Malaysia yang menyatukan pelbagai genre muzik hasil karyawan muzik tanah air dan peluang untuk mereka menyerlahkan bakat dan kreativiti masing-masing.

Selain itu, program itu juga menjadi perantara yang menghubungkan peminat dengan penyanyi kesukaan mereka, selain menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun ia diterbitkan. 

AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Malam anugerah menggandingkan dua ikon pengacara yang berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam. 

AJL 38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dengan buat julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa serta tempatan. 

Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan tiga pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh tiga penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah.

Bagi mengimbas kembali, berikut adalah senarai pemenang AJL 38:

Juara Lagu - Hasrat; Komposer, Penulis Lirik, Penyanyi - Amir Jahari (RM 100,000 dan trofi)

Tempat Kedua - Sutera; Komposer - Aisha Retno & MFMF; Penulis Lirik, Penyanyi - Aisha Retno  (RM 50,000 dan trofi)
                                                                         
Tempat Ketiga - Jangan Mati Rasa Itu; Komposer, Penulis Lirik, Penyanyi - Aina Abdul (RM 30,000 dan trofi)    

Vokal Terbaik - Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul (RM 12,000 dan trofi)

Persembahan Terbaik - Sutera - Aisha Retno (RM 12,000 dan trofi)

Penyanyi Pilihan Alha Alfa - Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul (RM12,000 dan trofi) - Getaran, 7 Mac 2024    

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN