web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2021 4:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Orang Lain - A. Nayaka feat YHB dan SonaOne

Kami memang teruja dan sangat menyukai kolaborasi tiga negara dalam karya seni. Baik filem mahupun muzik. Dan kali ini karya ini menemukan A. Nayaka dari Indonesia, YHB Sleepsalot dari Singapura dan jagoan kita sendiri Sonaone. Mempamerkan irama hip hop serta R & B yang menenangkan dengan lirik yang sentiasa ada peringatan positif, Orang Lain juga mempunyai potensi besar menjadi lagu popular jika diberi putaran berpatutan.

Duit - Meer Fly

Jika sebelum ini Farouk Roman sinonim dengan lagu-lagu balada, kali ini beliau menampilkan sesuatu yang berbeza lewat runut bunyi drama ‘Scammer’ ini. Hasilnya memang mengasyikkan. Satu lagi karya hip hop yang wajar diberi perhatian, Duit mengingatkan kita pada lagu-lagu hip hop yang bercerita tentang wang dan ketamakan seperti Bunga oleh Altimet dahulu dan beberapa lagu lain. .  Berhiaskan lirik oleh MeerFly sendiri, ia ada harapan yang lebih baik jika diberi promosi yang wajar.

Jangan Marah (Baby Sayang) – Unknown

Sudah lama Malaysia tidak menyaksikan kehadiran boyband atau kumpulan nyanyian dan tari yang dianggotai lelaki seperti hujung tahun 90-an dahulu. Jadi kehadiran kumpulan baharu bernama Unknown ini sesuatu yang menyegarkan. Tampil dengan lagu pertama berjudul ‘Jangan Marah (Baby Sayang)’, lagu ciptaan Momo dan Azan Addin ini mendapat sentuhan lirik Momo dan Mary Haf. Rentak iramanya yang rancak memang sesuai untuk golongan remaja dan membuat pendengar ingin menari. Jika pemasaran mereka diatur dengan benar mereka ada kemungkinan menjadi satu fenomena remaja.

Mahligai – Daniesh Suffian

Sudah lama cuba memahat nama dalam industri muzik tanah air, penyanyi muda dan tampan Daniesh Suffian muncul dengan sebuah lagu baharu bertajuk ‘Mahligai’. Dicipta oleh Hanis Rafi, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat, lagu ini juga mendapat sentuhan lirik Daniesh Sufian sendiri bersama, Hanis Rafi, Iqie Hugh serta Firdaus Rahmat juga. Lagunya mudah dan sedap didengar. Malah berkat suara merdu Daniesh, irama yang tidak berlebihan dan susunan muzik yang hebat, ia mungkin batu loncatan buat dirinya. Semoga nasib Daniesh kali ini lebih baik dengan mempertaruhkan karya ini dan akan membuka rezekinya di bidang nyanyian.

Tenang - Yura Yunita

Seperti tajuk lagunya, suara hebat penyanyi asal Indonesia Yura Yunita ini sememangnya menenangkan. Kemerduan vokalnya pasti dapat dinikmati tiap kali mendengar lagu-lagu dendangannya. Dicipta dan ditulis oleh Yura sendiri lagu ini menurutnya berupa doa, curahan rasa, saat berdialog dengan diri sendiri, yang dirindu, dan Sang Pencipta. Dibuka dengan permainan piano indah, vokal Yura yang khas dan berkarakter menyuarakan perasaan resah disambung melodi korus yang penuh harapan. Ini ditambah pula dengan suara latar yang hebat di kemuncak lagu. Karya yang tidak mengecewakan sama sekali, ia harus ada dalam senarai main anda! – Getaran, 2 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 minggu yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 1 minggu yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 20 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN