web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ernie Zakri Giat Promosi ‘Masing-Masing’ Di Jakarta

Single hasil kolaborasi bersama Ade Govinda itu membuka ruang kepada Ernie untuk lebih dikenali di Indonesia.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 8:35PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Ernie Zakri yang melancarkan album terbaharunya, ‘Aura’ beberapa bulan lalu, kini sedang giat menjalani rangka promosi yang telah diatur oleh pihak pengurusan label, Universal Music Malaysia.

Baru-baru ini Ernie terbang ke Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan lagu ‘Masing-Masing’, hasil kolaborasi dengan komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda.

Lagu yang sangat menyentuh hati ini turut dimuatkan dalam album terbaharunya itu dan kini mendapat sambutan yang baik, sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia.

Lagu 'Masing-Masing' membawa tema putus cinta dengan pengubahannya yang terhasil dengan kerjasama Ade Govinda dan Nabila V.

Kisahnya menyentuh hati, menceritakan tentang pasangan yang terpaksa berpisah demi mencari kebahagiaan masing-masing.

Selain mendapat tempat ke-8 di Carta ERA 40, muzik video ‘Masing-Masing’ juga mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta hanya dalam masa dua bulan, terutamanya dalam kalangan peminat dan rakan-rakan Ernie yang berada di Malaysia dan Indonesia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang menyokong lagu, 'Masing-Masing', dan saya berharap akan dapat melawat Indonesia lagi pada masa yang akan datang dan membuat persembahan ‘Masing-Masing’,” ujar Ernie.

Ernie memulakan lawatan promosi di Jakarta pada 15 Januari 2024 dengan agenda yang padat. Dalam tempoh singkat, Ernie telah muncul dalam pelbagai wawancara media.

Antaranya, Ernie ke Kinari Warta Kota Podcast dan iradio Jakarta sebelum membuat penampilan di Sea Today Morning Show dan Pro 2 Jakarta. Penampilannya di Detik Pagi, Celebrits Okezone, dan I Talk Insert, menunjukkan kehadirannya diterima oleh media Indonesia.

Lebih mengujakan, rangka promosi Ernie di Jakarta diakhiri dengan penampilan yang memikat, dengan persembahan lagu ‘Masing-Masing’ oleh Ernie dan Ade Govinda di Anjungan Sarinah Jakarta. Persembahan di bangunan ikonik Jakarta ini sudah pasti akan diingati oleh peminat dan media di sana.

“Saya sangat gembira dengan rangka promosi di Jakarta. Malah, saya tidak sangka penerimaan pihak media di sana begitu baik terhadap saya.

“Walaupun penat mengejar masa, saya gembira dengan apa yang telah dirancang oleh pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan MyMusic Records,” ujar Ernie.

Mengakui mahu melakukan yang terbaik untuk lagu itu, Ernie berharap ia akan diterima oleh pendengar muzik Indonesia terutama harapan besarnya terhadap lagu serta album itu.

“Namun, cita-cita harus terletak pada rezeki dan usaha saya. Semoga saya akan menerima khabar yang baik-baik sahaja dari Indonesia,” ulas Ernie tentang harapannya terhadap lagu ‘Masing-Masing’ di Indonesia. – Getaran, 22 Februari 2024

Foto : Universal Music Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad