Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malam Penuh Emosi Di Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0

Cakra Khan berjaya mencuit emosi setiap yang hadir, di mana setiap lagu dan bait-bait lirik yang diucapkan terus menusuk ke hati.

Muzik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 8:48AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sabtu lalu menyaksikan beberapa konsert berlangsung di Kuala Lumpur, dan salah satunya ialah konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0.

Bagi yang menghadiri konsert ini, pasti anda berjaya mengutip detik-detik manis sepanjang konsert yang ditunggu-tunggu ini.

Syabas diucapkan kepada bintang utama, Cakra Khan kerana berjaya mencuit emosi setiap yang hadir. Cakra adalah seorang penghibur. Setiap lagu dan bait-bait lirik yang diucapkan terus menusuk ke hati, membuatkan pendengar terus terbuai dek gemersik suaranya. Bahkan, sesekali ada yang menyeka air mata.  Mungkin ada kisah yang menerpa ingatan.

Salah satu detik yang benar-benar menghambat emosi ialah ketika Cakra menyampaikan lagu ‘Rindu Tak Bersuara’ yang didedikasikan kepada allahyarham bapanya, Hermana, yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 2020.

Penghayatan luar biasa Cakra mendendangkan lagu ciptaan Alffy Rev itu membuatkan peminat terheret pilu seketika. Bait-bait lirik yang terpampang di layar skrin turut memainkan membatu peminat menjiwai lagu itu. Jika bukan untuk bapa dirindui, mungkin juga untuk mengenang insan-insan tersayang yang lain.

Selain itu, kejutan daripada pihak penganjur juga layak diberi pujian. Usaha membawa gadis Orang Kurang Upaya (OKU), Jaheerah Nadzri atau Eerah naik ke pentas dan menyaksikan konsert yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu adalah usaha murni.

Siapa sangka, bintang popular dari negara jiran Indonesia itu sebenarnya terinspirasi daripada kisah kecekalan gadis OKU.

Jelas Cakra, itu adalah kejutan yang cukup istimewa untuk dirinya kerana beliau mengagumi ketabahan Eerah menjalani hidupnya sebagai OKU.

Cakra berkata, video Eerah yang menjual burger bagi membantu keluarga dan sohor di TikTok itu telah membuka matanya untuk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur.

"Setelah melihat video ini, saya berasa cukup terinspirasi dengan Eerah. Kecekalannya membantu keluarga dengan menjual burger membuatkan saya sedar bahawa kita perlu sentiasa bersyukur dalam menjalani hidup ini. Saya belajar sesuatu iaitu, walau apa pun keadaannya, kita masih punya harapan.

"Sebelum ini, saya buat panggilan video dengan Eerah. Saya beritahu niat saya untuk bertemu dan mengundangnya ke konsert, namun Eerah maklumkan dia tidak dapat hadir kerana sibuk berniaga.

“Tak sangka, pihak penganjur sudah aturkan kejutan ini. Ini kali pertama saya bawa insan istimewa naik ke pentas,” katanya.

Detik-detik pertemuan kedua-dua individu ini turut mengundang tepukan dan sorakan daripada peminat apabila Cakra menyuap burger jualan untuk dihadiahkan oleh Eerah kepadanya. Sebagai balasan, Cakra mendendangkan lagu istimewa buat Eerah iaitu Jangan Mudah Putus Asa.

Konsert yang dibawakan oleh Seven Skies Motion itu turut menampilkan tiga penyanyi undangan iaitu Dayang Nurfaiza, Datuk Seri Rossa, dan Judika.

Selain berpadu suara, ketiga-tiga bintang ini turut menyampaikan lagu solo.  Tidak perlu diulas panjang, ketiga-tiga bintang pilihan Cakra ini memberi yang terbaik!

Sepanjang tiga jam beraksi, Cakra juga dilihat cukup selesa, ramah dan bijak menambat hati peminat dengan bercerita dan sesekali turun ke bawah pentas untuk memberi peluang peminat bergambar dengannya secara dekat.

Jika dihitung, penyanyi yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 27 Februari nanti mendendangkan lebih 20 buah lagu termasuk medley dan lagu duet.

Antaranya ialah, Setelah Kau Tiada, Salah Tapi Baik, Terlanjur Cinta, Hal Hebat, Pintu Syurga, Malam Pagi, Broken Symphony, Nakal, Mentera Semerah Padi, Kekasih Bayangan, Jangan Mudah Putus Asa dan lagu Seluruh Cinta yang disampaikan secara duet dengan anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah atau Umai.

Konsert solo kedua Cakra di Malaysia diiringi orkestra di bawah pimpinan maestro muzik, Datuk Ramli MS. – Getaran, 20 Februari 2024

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran