web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hormati Ramadan, Pesta Muzik Kuantan Bersama Ungu dan Artis Tempatan Ditunda

Selain ditunda ke 4 Mei hadapan, pihak penganjur juga menukar nama acara ini ke Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 12:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pesta Muzik Kuantan yang dijadualkan pada 24 Februari ini, kini ditangguhkan ke 3 Mei hadapan. Perkara ini diumumkan oleh pihak penganjur, Showpro Entertainment dalam satu kenyataan media pada awal hari ini.

Pesta khusus untuk rakyat Pahang dan Pantai Timur yang melibatkan kumpulan popular dari Indonesia, Ungu dan barisan artis tanah air itu ditangguhkan bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan yang hanya berjarak dua minggu dari tarikh asal serta menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Selain itu, pihak penganjur juga telah menukar nama acara ini ke Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air. 

“Setelah mengambil kira faktor perkembangan isu semasa serta menghormati pandangan masyarakat terutamanya masyarakat Islam yang akan menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri, pihak penganjur bersetuju untuk menunda pesta berkenaan ke tarikh baharu iaitu 4 Mei 2024.

“Showpro Entertainment bertanggungjawab dan prihatin mengenai setiap situasi yang berlaku di Malaysia,” ulas pihak penganjur.

Jelas mereka lagi, keputusan penundaan acara  ini turut disambut baik oleh barisan artis dan semua pihak yang terlibat.

Selain Ungu, artis tanah air yang terlibat ialah Eda Ezrin, Ara Johari, Naim Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Den Manjo dan dihoskan oleh Aswad Jalil.

Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air ini pada asalnya mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya, menggalakkan apresiasi seni dan membantu penjanaan ekonomi di karnival jualan produk tempatan seperti makanan dan cenderahati serta aktiviti-aktiviti menarik di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Gabungan seni muzik dan kebudayaan penduduk tempatan ini secara tidak langsung dikomersialkan sebagai salah satu tarikan pelancongan terbaik di Kuantan dan daerah-daerah lain di Pahang serta negeri di kawasan Pantai Timur.

Pihak penganjur juga memohon maaf kepada semua pembeli tiket konsert selain mengingatkan mereka untuk terus menyimpan tiket yang ada bagi digunakan pada 4 Mei nanti. – Getaran, 14 Februari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN