web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Gempak Most Wanted Awards 2023' Umum Calon Top 5, Siti Nurhaliza Tercalon ‘Selebriti Digital Tergempak’

Membawakan tema Y2K, undian dibuka dari 17 Januari hingga 25 Februari 2024

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8:02PM

Barisan pengacara Gempak Most Wanted Awards

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 yang bakal berlangsung pada 25 Februari hadapan, Astro Gempak pada Rabu mengumumkan finalis Top 5 untuk sembilan kategori yang dipertandingkan.

Acara yang ditunggu-tunggu ini bertujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka dari pelbagai latar belakang. Dengan tagline ‘Terpaling Trending!’, calon-calon Top 5 ini merupakan pilihan pengguna media sosial pada undian fasa pertama yang berjalan dari 30 November hingga 30 Disember 2023 menerusi laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2023 termasuklah Amir Ahnaf, pelakon popular yang telah menambat hati ramai peminat dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’, bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Meerqeen dan Amir Masdi.

Runut bunyi filem pecah panggung, Polis Evo 3 yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri bertajuk Ayuh, turut tercalon dalam kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’, diikuti dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Pergilah Cinta (Danial Kifli), Test Drive (Firdaus Rahmat)  dan audio Makcik Dodoi (@chemass_kaklong). 

Pempengaruh resepi masakan kegemaran rakyat Malaysia, Che Nom turut bersaing dalam acara anugerah ini dalam kategori Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak bersama Amin  & Abid Othman, Auntie Purple, Nelysa Norazlan  dan juga Ow To The Zie. 

Selain pengumuman calon Top 5, majlis sidang media ini turut memperkenalkan barisan hos yang akan mengemudi malam anugerah. Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad. 

Dari kiri, Amelia Henderson, Zizan Razak, Nazihah Dalhar, Syazwan Zakariah, Sherry Alhadad, Sean Lee
Dari kiri, Amelia Henderson, Zizan Razak, Nazihah Dalhar, Syazwan Zakariah, Sherry Alhadad, Sean Lee

Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula dari 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari. Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam kemuncak. 

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama Gempak Most Wanted 2023. 

Selain itu, anugerah Gempak Hall of Fame juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. 

Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.

DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar di antara artis yang akan membuat persembahan pada acara tersebut. 

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com. - Getaran, 18 Januari 2024

Foto : Astro

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad