web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Pop New Zealand, Drax Project Lancar Album Kedua ‘Upside’

Bakal beraksi sebagai bintang utama di the Jazz Café pada 19 Julai 2024.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drax Project, antara artis terbesar yang lahir dari New Zealand, dengan lebih setengah billion strim, baru-baru ini album kedua, 'Upside'.

Selain membawakan album kedua untuk halwa telinga peminatnya, Drax Project turut mengumumkan akan mengadakan persembahan istimewa di London pada 19 Julai tahun depan, bertempat di The Jazz Cafe di Camden.

Bagi yang tidak begitu mengenali kumpulan ini, Drax Project kumpulan pop terkenal yang pernah memenangi beberapa anugerah platinum.

Ia malah pernah menjelajah dengan nama-nama terbesar dalam dunia muzik termasuk Ed Sheeran, Christina Aguilera, Camilla Cabello dan Lorde.

Persembahan mereka sentiasa terjual laris termasuk di acara antarabangsa dan festival di United Kingdom (UK) seperti SXSW Australia dan The Great Escape, menjadikan nama mereka tidak asing lagi di atas pentas dengan persembahan langsung yang unik dan bertenaga serta lagu pop yang memukau.

Album kedua, ‘Upside’ menawarkan 10 lagu yang menggabungkan unsur-unsur Pop dan R&B dengan gaya tersendiri mereka, dengan bunyi yang diilhamkan dari jazz.

Projek ini memberi gambaran yang jujur dan menyeronokkan dari awal hingga akhir, meneroka perjalanan epik kumpulan itu.

Album dimulakan dengan trek lagu euforia ‘Atmosphere’ yang menetapkan nada untuk keseluruhan album. Setiap lagu yang ditampilkan mempunyai jalan cerita tersendiri. 

Luxury’ menjadi single utama dari album ‘Upside’, dan lagu ini diberikan garapan serupa dengan lagu hit Drax Project terdahulu iaitu 'Woke Up Late' yang menjadikan petikan ukulele sebagai elemen utama dan juga sebuah lagu yang hebat untuk dinyanyikan.

Lagu yang berbunyi seperti irama musim panas, ‘Luxury’ membawa naratif untuk melakukan yang terbaik dalam hidup pada saat ini!

“Penciptaan lagu ini bermula di beberapa tempat yang berbeza dan hanya disatukan apabila kami menyedari melodi yang Shaan perhalusi daripada sampel lain, sesuai digandingkan dengan bahagian gitar yang telah Ben ciptakan.

“Liriknya berdasarkan idea untuk cuba menghilangkan ketagihan materialistik yang telah menghujani dan menarik kita setiap hari, dan cuba kembali menghargai detik-detik manusiawi yang diberikan kepada kita.

"Album ini adalah gabungan kerja keras bertahun-tahun dan cinta, dan akhirnya kami tidak sabar untuk berkongsi dengan dunia! Kami berharap anda akan menikmati muzik ini seperti kami seronok menghasilkannya," ujar mereka.

‘Upside’ adalah hasil kolaborasi antara penulis lagu dan produser muzik tersohor seperti Rogét Chahayed (Drake, Travis Scott, SZA), Imad Royal (Doja Cat, Chainsmokers), Ferras (Katy Perry, Dua Lipa), and Marlon Gerbes (Six60).

Terus mengasah identiti artistik mereka, Projek Drax bersinar dengan projek terbaik mereka. Upside kini tersedia di semua platform penstriman utama. – Getaran, 29 Disember 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN