web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu ‘Assalamualaikum’ Dirakam Semula, Hasil Tontonan Video Muzik Akan Disalurkan Kepada Rakyat Palestin

Lagu yang diberi nafas baharu ini dinyanyikan oleh barisan artis tempatan dan artis Rocketfuel Entertainment sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 8:12PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penderitaan yang dialami rakyat Palestin terus mendapat perhatian apabila Rocketfuel Entertainment bersama-sama Astro tampil dengan satu projek merakam semula lagu yang pernah dipopularkan Faizal Tahir, ‘Assalamuaikum’.

Kali ini, rakaman yang dibuat sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin, menghimpunkan barisan artis tempatan untuk menyanyikan semula lagu itu.

Lagu ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K dan Ezra Kong itu diberi nafas baharu dan menampilkan nama-nama seperti Naqiu, Tomok, Aliff Aziz, Azharina, Liza Hanim, Hady Mirza, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Nikki Palikat serta barisan artis Rocketfuel Entertainment sendiri iaitu Hael Husaini, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie, dan penampilan istimewa oleh Dato’ Hattan, Mawi dan juga Zizi Kirana.

Selain lagu, Rocketfuel Entertainment juga turut menghasilkan sebuah video muzik (MV) eksklusif yang menampilkan artis-artis bawah naungan label tersebut seperti Dinda Dania, Timah, Idris Brown, Syazwan Suhaimi dan Agy, serta penampilan daripada personaliti dan selebriti terkenal tempatan antaranya, Datuk Zainal Abidin Hassan, Razman Roslan, Dr. Soo Wincci serta Safee Sali, Daniel Fong dan ramai lagi.

Menurut Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, Syakireen Othman, hasil tontonan muzik video ini di platform Youtube akan disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin bawah naungan Kementerian Luar Negeri.

“Sebagai tanda sokongan terhadap bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin, Rocketfuel Entertainment bersama-sama selebriti dan penyanyi tempatan turut terpanggil untuk bersolidariti melalui nyanyian bersama oleh artis-artisnya yang prihatin.

“Dengan mengambil pendekatan berhibur sambil menderma, segala kutipan hasil sumbangan menerusi tontonan di YouTube dan juga penstriman lagu atas talian akan disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah naungan Kementerian Luar Negeri,” katanya.

Sementara itu, dengan nada penuh pengharapan, Ara Johari pula berkongsi bahawa ia bukan sekadar hiburan semata-mata.

“ianya merupakan salah satu usaha kita untuk membantu saudara kita yang berada di Palestin yang sangat memerlukan bantuan dan perhatian, dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jangan lupa untuk terus memperkatakan tentang konflik yang sedang berlaku di Gaza.

“Muzik adalah medium universal dan salah satu elemen penting dalam menyampaikan mesej, dan secara langsung menunjukkan tanda solidariti dan keprihatinan kita,” katanya.

Muzik video ‘Assalamualaikum’ mula ditayangkan secara rasminya pada jam 9 malam 3 Disember lalu, eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. – Getaran, 13 Disember 2023

Foto: Rocketfuel

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN