web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Incubus Kembali Ke Kuala Lumpur April 2024, Tiket Serendah RM249

Konsert bakal berlangsung di Mega Star Arena KL pada 27 April 2024.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2024 bakal menjadi tahun penuh nostalgia bagi peminat setia rock di era '90-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia sebagai antara persinggahan ‘Asia Tour 2024’, di Mega Star Arena KL pada 27 April 2024.

Dibawakan oleh Hitman Solutions, Incubus Live In Malaysia dijangka bukan sahaja mampu menarik peminat dalam negara, tetapi ia peminat muzik rock dari negara-negara jiran berdekatan.

Dengan harga tiket yang kompetitif, ramai yang akan cuba merebut tiket sebelum ia kehabisan.

Ditubuhkan pada tahun 1991, persahabatan anggota kumpulan ini bermula sejak di sekolah menengah, dan mereka telah mengukir warisan mereka dalam dunia muzik dengan mempamerkan kebolehannya dalam menggabungkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.

Kini, Incubus dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia sehingga dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum.

Sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi adalah motivasi mereka untuk kembali mengadakan konsert jelajah pada tahun 2024.

Mereka ingin mengubat kerinduan peminat yang sentiasa ternanti-nantikan aksi mereka di atas pentas.

Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal berkongsi keterujaannya membawa kumulan rock ini ke Malaysia.

"Sebagai peminat rock, saya sendiri sangat teruja untuk mengumumkan usaha kami membawa sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus, untuk mengadakan konsert di Malaysia dalam siri jelajah Asia 2024.

“Permintaan untuk mereka kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran.

“Oleh itu, kami bertungkus-lumus untuk merealisasikan konsert ini demi memuaskan hati peminat 'rock' tempatan yang ingin menyanyi bersama beberapa lagu klasik seperti 'Drive', 'Wish You Were Here', dan kegemaran peribadi saya, 'Pardon Me',” katanya.

Jualan tiket konsert 'Incubus Asia Tour 2024' sudah bermula pada 7 Disember lalu.

Tiket-tiket dibahagikan kepada kepada 3 zon utama, CAT 1 – kerusi VIP (RM299), CAT 2 – kerusi biasa (RM249), dan Rockzone - berdiri (RM249) dan boleh didapati di www.hitmanlive.com. – Getaran, 8 Disember 2023

Foto : Hitman Solutions

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN