web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Tiket Untuk 9 Wave Music Festival Kini Dijual Pada Harga Diskaun

Penjimatan sehingga RM100 ini boleh dinikmati oleh mereka yang berminat untuk tiket kategori Kemasukan Biasa, Zon Berdiri Parti, dan Zon Berdiri Wave.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 7:57PM

Artis Korea yang akan beraksi pada 9 Wave Music Festival.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival muzik yang mungkin ditunggu-tunggu oleh peminat K-Pop, 9 Wave Music Festival kini semakin hampir ke malam kemuncaknya.

Dijadualkan pada 11 November hadapan, bertempat di Surf Beach di Sunway Lagoon, festival yang dibawakan oleh Nine XTraw, dan Skyline Entertainment ini menjanjikan sebuah persembahan bertenaga dan sukar untuk dilupakan.

Kepada yang sudah membeli tiket, syabas untuk anda. Kepada yang masih belum atau teragak-agak kerana harga tiket di luar kemampuan, ini ada berita baik untuk ada.

Dek kerana acara semakin hampir tiba, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menjual tiket pada harga diskaun untuk tiga kategori tiket.

Penjimatan sehingga RM100 ini boleh dinikmati oleh mereka yang berminat untuk tiket kategori Kemasukan Biasa, Zon Berdiri Parti, dan Zon Berdiri Wave.

Tempat duduk pada konsert berkenaan.
Tempat duduk pada konsert berkenaan.

Jika dahulu setiap satu tiket dijual pada harga RM328, RM588 dan RM788, kini harganya menjadi RM268, RM488 dan RM688.

Namun, tiket-tiket untuk kategori Zon VIP Berdiri dan Zon Duduk VIP harganya masih sama iaitu antara RM1,088 hingga RM8,688.

Tiket-tiket boleh dibeli di www.9wavemusicfestival.com dan https://premier.ticketcharge.com.my/.

Terdahulu, pihak penganjur telah mengesahkan kehadiran ramai artis popular K-Pop yang menjadi pujaan ramai.

Antara bakat sensasi yang boleh anda tonton ialah (G)I-DLE, yang terkenal dengan vokal yang mengagumkan dan persembahan pentas yang menawan.

Menyertai mereka ialah Xiumin EXO yang berbakat, yang akan mempamerkan gerak tarian dan vokal yang memukau.

Hyoyeon, Girls Generation juga menjanjikan persembahan yang bertenaga melalui vokal dan gerakan tarian yang luar biasa.

Hyoyeon, Girls Generation
Hyoyeon, Girls Generation

Tidak ketinggalan persembahan daripada bekas ahli Super Junior-M Henry Lau, yang akan mempamerkan kepelbagaian bakatnya sebagai penyanyi, penulis lagu dan penerbit.

Henry Lau
Henry Lau

Ingat! 9 Wave Music Festival akan menggegarkan Surf Beach di Sunway Lagoon pada 11 November 2023, bermula jam 6 petang.

Jualan tiket cukup memberangsangkan ketika ini, jadi cepat-cepat rebut tawaran yang tersedia. Siapa yang cepat, dia yang dapat! – Getaran, 24 Oktober 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad