Berita Terkini

1 jam yang lalu: Polis tumpas 'Geng Mizan' aktif pecah rumah 1 jam yang lalu: Bukan semua permintaan atlet Program RTG dipenuhi - Hannah 1 jam yang lalu: Kastam gagalkan cubaan seludup dadah menerusi kurier, udara 1 jam yang lalu: Pembukaan Jambatan Bagan Datuk tarik minat pelabur - Ahmad Zahid 2 jam yang lalu: Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta

IKUTI KAMI


Skrillex Berkongsi ‘Butterflies’ Bersama Starrah dan Four Tet

Setelah 3 tahun berdiam diri, DJ muzik elektronik Amerika Syarikat, Skrillex muncul kembali dengan buah tangan terbaharu.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DJ dan penerbit muzik tersohor Amerika, Skrillex akhirnya muncul kembali setelah tiga tahun menghilangkan diri dari radar muzik dunia. Kini, Skrillex bersedia untuk menakluk semula dunia muzik elektronik dengan buah tangan terbaharunya berjudul ‘Butterflies’. Single sebelumnya, ‘Midnight Hour’ yang menampilkan Ty Dollar $ign and Boys Noize telah melayakkan Skrillex menjadi salah seorang calon bagi anugerah Grammy pada tahun 2019.

Bagi menghasilkan single terbaharu ini, Skrillex telah bekerjasama dengan penulis lagu dan penyanyi, Starrah dan Four Tet. Lagu ini adalah gabungan tiga genre muzik iaitu pop, muzik house dan muzik tarian elektronik. Kolaborasi ini jelas menzahirkan pertembungan hebat antara tiga pemuzik berbakat.

Four Tet berkongsi proses kolaborasi mereka di laman sosial, Instagram dan menjelaskan bahawa ‘Butterflies’ dirakam pada Februari tahun lalu. Sentuhan terakhir dan segala pembetulan bagi single ini dibuat beberapa minggu terakhir pada tahun 2020.

“Melihat kemahiran Skrillex dalam menghasilkan rentak muzik yang berbeza depan mata benar-benar mengagumkan bahkan ia menambahkan penghormatan saya terhadapnya. Saya juga menyedari betapa hebatnya dia dalam adunan bunyi.

“Saya berharap agar para peminat berasa senang dan seronok ketika mendengar lagu ini,” kata Four Tet.

Skrillex turut berkongsi single ini lewat video Instagramnya yang menunjukkan dia menari sambil menyanyi mengikut irama lagu tersebut.

Walaupun ‘Butterflies’ merupakan karya pertamanya sejak 2019, Skrillex mendedahkan bahawa dia telah melancarkan trek berjudul ‘Kliptown Empyrean’ secara mengejut di Soundcloud pada Oktober tahun lalu khas buat peminatnya. Fakta menarik tentang trek ini adalah ia telah dirakam dan dikeluarkan pada hari yang sama.

Artis muzik elektronik ini juga mengumumkan bahawa dia bakal melancarkan album baharu tak lama lagi melalui sebuah hantaran di Instagram. Walaupun Skrillex sudah lama tidak menghasilkan lagu sendiri, namun dia tetap membantu dalam penghasilan album terbaharu Justin Bieber berjudul ‘Justice’. Dia juga telah menyumbang idea kreatifnya untuk lagu Ty Dolla berjudul ‘Ego Death’ yang menampilkan Kanye West dan FKA Twigs.

Lagu terbaharu Skrillex berjudul ‘Butterflies’ boleh didengar di pelbagai laman penstriman seperti Spotify dan Apple Music. – Getaran 26 Mei 2021

Sumber Gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

KPDN Pulau Pinang Rampas Karya Muzik Disyaki Salinan Langgaran Bernilai RM114,000

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Permohonan DKD Industri Muzik Dibuka 23 Mac

3

Muzik 3 bulan yang lalu

KPDN Cadang Tubuh Jawatankuasa Selesai Isu Industri Muzik Rakaman

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Khairy Tukar Profesion, ‘Tak Sabar Nak Dengar KJ Jadi DJ’

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 19 jam yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Selebriti 1 hari yang lalu

Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

Menurut Ifa Raziah lagi, pihaknya akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapa...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Menurut Puteri Sarah, naskhah yang bakal menceritakan perjalan hidupnya itu bukan hanya banyak menitiskan air mata sendiri, tetapi turut gagal menahan air mata ...

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 3 jam yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

oleh Helmi Anuar