Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AC Gas Mahu Suria FM Tampil Bakat Baharu Di Konsert SuriaVolusi

Penaja konsert memahami kesukaran, cabaran yang dihadapi oleh pendatang baru kerana pernah melalui fasa yang sama. 

Muzik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:33AM

Poster konsert SuriaVolusi. gambar Suria FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahu memberi peluang dan sokongan kepada bakat baharu industri muzik tempatan antara faktor utama yang mendorong AC Gas bersetuju menjadi penaja Konsert SuriaVolusi yang bakal diadakan pada akhir bulan ini. 

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman ketika sidang media baru-baru ini.

Permintaan mereka itu diajukan kepada stesen radio Suria FM kerana memahami susah payah yang terpaksa dilalui oleh orang baharu untuk memulakan langkah sebelum mencapai kejayaan. 

Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman .
Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman .

"Kami pernah melalui fasa mencabar ketika masih baharu memulakan perniagaan sekitar 2016 termasuk berdepan dengan pandemik Covid-19.

"Saya tahu, sebagai orang baharu juga ramai yang belum percaya dengan kebolehan kita dan tidak tahu apa yang kita mampu lakukan," ujar beliau. 

Lantaran itu, Nik Mohd Fareez berkata, pihaknya meminta Suria FM supaya memilih bakat baharu, selain bintang otai dalam konsert yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Petaling Jaya dan Kota Bharu. 

Baginya, anak muda yang mahu memulakan tapak dalam industri muzik perlu diberikan sokongan dan ruang supaya mereka lebih menyerlah. 

"Seperti AC Gas juga ketika mahu memulakan tapak ada yang sangsi dengan kami, namun selepas diberikan kepercayaan kami semakin dikenali dan menjadi pilihan pengguna.

“Alhamdulillah kami sudah mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan melalui kilang kami di Meru," katanya. 

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin turut menyambut baik permintaan AC Gas itu dan mengakui stesen radio berkenaan turut mempunyai pendirian yang sama. 

Antara penyampai radio Suria FM yang menyertai Konsert SuriaVolusi.
Antara penyampai radio Suria FM yang menyertai Konsert SuriaVolusi.

Katanya, Suria FM sentiasa memberikan peluang kepada artis baharu meskipun mereka belum menempa nama sehinggalah sudah dikenali. 

"Di Suria FM kami tidak pernah pilih bulu. Semua penyanyi kami layan sama rata dan menyediakan peluang untuk mengetengahkan karya mereka.  Ini termasuk dalam setiap acara dan konsert kami seperti siri jelajah sebelum ini yang sentiasa membabitkan bakat baharu, artis muda dan senior," katanya.

SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal berlangsung pada 21 dan 28 Oktober ini masing-masing di The Curve, Petaling Jaya serta di KB Mall, Kota Bharu Kelantan. 

Antara barisan artis popular  yang terlibat adalah Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow.

Manakala barisan bakat baharu yang menjadi pilihan adalah Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah dan Asraf Nasir.

Hadiah Bernilai RM50,000 Bagi Penonton Konsert

Mengulas lanjut, Nik Mohd Fareez berkata, AC Gas berminat untuk menaja konsert SuriaVolusi kerana kesan positif selepas beberapa kali menyertai program anjuran Suria FM. 

Akuinya, stesen radio itu membantu jenama syarikatnya dikenali termasuk membabitkan peningkatan dari segi jualan. 

Barisan penyampai radio Suria FM bersama penaja.
Barisan penyampai radio Suria FM bersama penaja.

"Kami sudah bersama Suria FM dalam banyak program sebelum ini dan terbukti memberikan impak yang baik kepada AC Gas dan kami percaya dengan kemampuan mereka membantu meluaskan perniagaan kami. 

"Lebih menarik, kami juga bakal muncul dengan satu projek mega bersama Suria FM tahun depan dan ia belum pernah dilakukan sebelum ini," katanya. 

AC Gas juga bakal berkongsi rezeki dengan pengunjung di dua lokasi konsert SuriaVolusi membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai.

Kota Bharu juga menjadi pilihan kerana ia menjadi lokasi penubuhan syarikat itu dan AC Gas mula bertapak. - Getaran, 6 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Tyzo Kecewa Perkhidmatannya Ditamatkan

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN