web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Hadir Sebagai Pengacara, Kini Impian Alif Satar & The Locos Untuk Buat Persembahan Di DFP Menjadi Nyata

Alif Satar & The Locos bakal menjadi ‘band’ pertama yang membuat persembahan sambil diiringi kumpulan pemuzik okestra dari MPO

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 12:41PM

Impian Alif Satar & The Locos untuk membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas bakal menjadi kenyataan - gambar DFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap penyanyi di Malaysia pasti ada menyimpan impian untuk membuat persembahan di dewan berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang terletak di Menara Berkembar Petronas KLCC.

Begitu juga dengan penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar. Pernah dia menjejakkan kaki di dewan gah itu satu masa dahulu, namun hanya sebagai pengacara untuk konsert rakan baiknya iaitu Faizal Tahir.

Kini selepas beberapa tahun berlalu, impian Alif bakal menjadi nyata apabila dia diundang membuat konsert bersama band The Locos sempena ulangtahun ke 25 penubuhan DFP.

Poster Konsert Alif Satar & The Locos - gambar DFP
Poster Konsert Alif Satar & The Locos - gambar DFP

Lebih menarik konsert yang diberi nama Lochestra: Alif Satar & The Locos ini turut diiringi oleh barisan pemuzik okestra , MPO.

“Dapat melakukan konsert di DFP merupakan antara momen yang paling manis dalam kerjaya saya sepanjang 17 tahun. Sebagai seorang artis, saya tidak pernah mengharap atau mengejar apa-apa anugerah. Tetapi dalam lubuk hati saya, saya menanam impian untuk membuat persembahan di DFP.

“Saya mendapat panggilan tentang tawaran untuk melakukan konsert ini ketika berada di Mekah. Ketika itu saya ‘request’ boleh tak kalau saya nak buat persembahan dengan iringan pemuzik MPO.

“Pada mulanya saya ingatkan mereka tidak akan bersetuju kerana saya tahu mereka tidak akan sewenang-wenangnya bermain untuk sembarangan artis.  Seminggu juga saya tunggu jawapan dari pihak DFP.  Alhamdulillah akhirnya mereka bersetuju. Mungkin kerana berkata doa saya di tanah suci,” katanya.

Sidang Media Alif Satar & The Locos - gambar DFP
Sidang Media Alif Satar & The Locos - gambar DFP

Bagi pengarah muzik DFP iaitu Ahmad Muriz Che Rose, beliau memberitahu bahawa pemilihan Alif Satar & The Locos untuk konsert kali ini dibuat kerana mahukan kelainan serta variasi persembahan di DFP yang sebelum ini lebih sinonim dengan muzik klasik dan serius.

“Ini kali pertama MPO akan membuat persembahan dengan sebuah band. Ini bukan projek untuk eksperimen. Tetapi kami mahu ‘explore’ sesuatu yang kami boleh hasilkan bersama. Kumpulan ini mempunyai pemuzik yang sangat berbakat dan boleh main bermacam-macam alat muzik. Kita mahu besarkan lagi dan cantikkan lagi persembahan mereka.

“Sebelum kami buat pemilihan kami akan teliti terlebih dahulu senarai lagu yang seseorang artis itu ada. Sama ada lagu-lagu mereka boleh dimainkan dengan muzik okestra ataupun tidak. Dan lagu-lagu Alif Satar & The Locos adalah mesra okestra,” ujarnya.

Alif Satar & The Locos di sidang media - gambar DFP
Alif Satar & The Locos di sidang media - gambar DFP

Menariknya, kerjasama antara Muriz dan kumpulan ini pernah terjalin awal tahun ini untuk persembahan di Anugerah Juara Lagu 37 menerusi lagu Anugerah Terindah dimana lagu ini telah memenangi tempat ketiga.

Ditanya adakah kerjasama itu merupakan penentu untuk mereka layak membuat persembahan di DFP ataupun tidak, kata Muriz dia secara peribadi menilai dari situ sama ada mereka mampu adaptasi muzik mereka dengan kumpulan okestra.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Alif Satar & The Locos dianggotai Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram) dan Faliq Auri (saxophone), kumpulan ini telah membuat pelbagai persembahan di dalam dan luar negara termasuk Singapura dan UK. Kumpulan ini telah merakamkan lagu ‘I Want You To Love Me’ dan rakaman semula lagu hit kumpulan Raihan berjudul Sesungguhnya pada tahun 2019.

Alif Satar & The Locos - gambar DFP
Alif Satar & The Locos - gambar DFP

Pada konsert yang akan berlangsung pada 26 Ogos itu nanti, kumpulan ini akan mempersembahkan lagu-lagu hits dalam interpretasi simfoni, antaranya, Hey!, Cukup Indah, Toxic, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Sesungguhnya Aku dan Akhir
Penantianku.

Harga tiket bermula dari RM155, RM255, RM355 dan RM455. Untuk sesi ‘Meet & Greet’ pula, pembeli perlu menambah RM200 bagi setiap kategori. Harga untuk ‘Suite’ pula bermula dari RM555 dan RM655. Tiket boleh dibeli di laman sesawang rasmi DFP ataupun di kaunter tiket. - Getaran, 28 Julai 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 4 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Muzik 1 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

4

Muzik 1 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN