web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bakal Bawa Kejutan, Tiket Konsert Yuvan Laris Disambar Peminat

Penganjur konsert, Don’t Run Away (DRA) Asia Entertainment dan Horizon Group berkata, kejutan yang bakal dihidangkan antara faktor membuatkan tiket laris dijual

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 8:37PM

Yuvan bersama barisan tenaga yang bakal membantunya memeriahkan konsert Sabtu ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat komposer muzik filem terkemuka India, Yuvan Shankar Raja nyata begitu teruja dengan penganjuran konsert High on U1 — Live in Kuala Lumpur 2023’ di negara ini, apabila lebih 9,000 tiket habis terjual kurang dari 24 jam selepas penjualannya dibuka beberapa hari lepas.

Penganjur konsert, Don’t Run Away (DRA) Asia Entertainment dan Horizon Group berkata, kejutan bakal dihidangkan ketika konsert antara faktor yang mendorong tiket tersebut laris dijual.

Menariknya pada malam konsert itu nanti, pelakon dan penyanyi Silambarasan yang pertama kali beraksi di Malaysia, turut akan membawa kejutan buat peminat

Silambaran atau lebih dikenali sebagai Simbu akan menambah satu lagi lapisan hiburan pada konsert ini yang bakal mengegarkan Arena Axiata Bukit Jalil Sabtu nanti.

Penganjur juga merancang membawa penyanyi legenda tanah air, Datuk Zainal Abidin Mohamad untukberaksi sepentas dengan Yuvan pada malam konsert itu.

Anak kepada maestro muzik India Ilayaraja itu akan beraksi di atas pentas yang menggunakan konsep 360° untuk menambah keterujaan peminat.

Konsert berkenaan juga adalah sinambungan kepada siri jelajah Eropah yang diadakan April lalu.

Yuvan dan Zainal Abidin akan berganding bahu Sabtu ini
Yuvan dan Zainal Abidin akan berganding bahu Sabtu ini

Dengan kerjaya yang menjangkau 27 tahun, Yuvan telah mahir mengadun muzik tradisional India dengan bunyi moden bagi mencipta gabungan muzik unik yang telah memikat peminat di seluruh dunia.

Untuk makluman, Yuvan telah mewarnai dunia muzik India dan arena antarabangsa sejak era 70-an.

Dilahirkan dalam keluarga pemuzik dan penyanyi pada akhir 1970-an, Yuvan telah mengukir niche untuk dirinya sendiri dengan mengarang banyak skor filem India.

Konsert itu akan mempamerkan himpunan beliau, daripada lagu-lagu hitsnya yang terdahulu sehinggalah kepada gubahan terbaru.

Tiket dengan harga antara RM99 hingga RM699 boleh dibeli di https://www.ticket2u.com.my. — Getaran, 12 Julai 2023.

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN