web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Album 'Sitism' Adalah Segalanya Tentang Seorang Siti Nurhaliza

Apabila Siti Nurhaliza menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 4:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melancarkan album terbaharu beliau yang berjudul Sitism pada 30 Jun lalu.

Album yang mengandungi lapan buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe’ album sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal.

Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.

Apabila nama Siti dan imbuhan `ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau.

Salah seorang penerbit dan komposer di dalam album Sitism iaitu Aubrey Suwito adalah individu yang kerap menggunakan Sitism atau Siti-ism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurut beliau, apabila Siti menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang dikenali bahawa itulah Siti Nurhaliza.

Aubrey Suwito dan Siti Nurhaliza - Gambar Instagram
Aubrey Suwito dan Siti Nurhaliza - Gambar Instagram

Menurut Siti, Sitism sangat bertepatan sebagai judul album kerana selama lebih 27 tahun bergiat di dalam industri muzik, beliau sudah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri beliau yang tersendiri.

Tambah Siti, album Sitism adalah diri beliau yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan beliau.

Fokus Siti adalah untuk membolehkan para peminat beliau dapat mendengarkan lapan buah lagu terlebih dahulu sebelum penambahan empat buah lagu lagi akan menjadi lebih istimewa apabila dikeluarkan di dalam bentuk fizikal selain digital kelak.

Setelah berjaya dengan single pertama 'Menjaga Cintamu' yang dilancarkan pada 18 Mei 2023, menerusi album ini, Siti mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi yang berjudul 'Romansa Kita'.

'Romansa Kita' membawa tema kehebatan kisah percintaan yang berawal dengan sekadar impian namun menjadi kenyataan apabila sepasang individu menanam keyakinan untuk bersama-sama sehingga ke akhir hayat mereka.

Selain 'Romansa Kita' (Sharon Paul/Rozisangdewi), lain-lain lagu yang terdapat di dalam album ini ialah 'Menyapa Dunia' (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), 'Tanpa Diri-Mu' (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), 'Sehebat Matahari' (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), 'Ganti' (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), 'Teratas' (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), 'Menjaga Cintamu' (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan 'Magis' (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).

Menurut Melly Goeslaw pula, lagu 'Menyapa Dunia' yang diciptakan khas buat Siti adalah khusus untuk disampaikan kepada para peminat Siti Nurhaliza.

Album Sitism diterbitkan oleh Universal Music Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd ini boleh didapati di pelantar digital bermula 30 Jun 2023. Album penuh atau album `deluxe’ dijangka akan berada di pasaran pada awal Ogos nanti.  – Getaran, 5 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...