web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Pihak ‘Tunggang’ Nama Search Kaut Untung Sendiri?

Home of Champions katanya telah melakukan beberapa perniagaan dengan menggunakan nama Search tanpa kebenaran.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 1:20PM

Gambar: Instagram @fenomenasearch dan laman www.rockologytour.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja kumpulan rock legenda terkenal, Search memberi khabar berita gembira bakal mengubati rindu peminat dengan konsert Rockology Malaysia Tour bersama-sama Akim. Kini, ada pula cerita yang tak sedap didengar apabila terdapat pihak yang dikatakan menggunakan nama Search tanpa kebenaran untuk tujuan tertentu.

Dalam satu kenyataan, ahli kumpulan tersebut iaitu Nasir dan Amy mendapat maklumat bahawa pihak Home of Champions telah melakukan beberapa perniagaan dengan menggunakan nama Search tanpa kebenaran. 

Antara aktiviti yang dilakukan pihak terbabit ialah menggunakan e-mel yang memakai nama domain fenomenasearch, menjual pakaian dan aksesori atas nama kumpulan tersebut serta yang terbaharu melancarkan kasut berjenama “Aliph x SEARCH” edisi terhad.

Kegiatan yang dijalankan ini dikatakan telah melanggar hak ahli kumpulan tersebut yang selama ini begitu berhati-hati memastikan bahawa setiap ahli kumpulan berkenaan mendapat bahagian masing-masing termasuklah hak arwah Yazit yang sudah meninggal dunia kerana ia harus diberikan kepada waris yang masih ada.

Nasir, Amy dan waris arwah Yazit bagaimanapun telah mendapatkan nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan mereka terhadap Home of Champions. 

Dalam perkembangan yang lain, menerusi kemas kini terbaharu laman Facebook Home of Champions, pihak mereka bakal memberikan maklum balas berkenaan isu tersebut dalam masa yang terdekat melalui pihak guaman yang dilantik mereka. Sama-sama kita doakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan adil. - 20 Getaran, 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN