Berita Terkini

22 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Lagu Berjudul ‘Hahaha’ Bukan Sekadar Gelak Ketawa

Abangsapau mengeluarkan lagu pertamanya bersama Def Jam South East Asia

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak kelahiran Singapura, Abangsapau sedang mengukir nama di pentas muzik dengan genre lagunya yang cukup unik dan luar dari kebiasaan hip hop. Mungkin anda pernah mendengar namanya di laman sosial TikTok atau lagunya di laman penstriman, tetapi tahukah anda siapa dia?

Fakta menarik yang mungkin ramai tidak tahu, nama pentas ‘Abangsapau’ ini merupakan nama panggilan sejak kecil lagi. Justeru itu, ia tidak sukar buat Abangsapau untuk memikirkan dan menciptakan nama pentas buat dirinya. 

Walaupun masih muda, artis hip hop ini tidak gentar untuk mencabar batasan muzik tempatan dan terus berusaha untuk memberi makna baharu dalam arena rap di Asia Tenggara. 

Single pertamanya bersama Def Jam South East Asia berjudul ‘Hahaha’ menandakan permulaan baharu bagi penyanyi rap dwibahasa ini.

Judul lagu ini bukan bermakna ketawa besar seperti yang disangkakan tetapi mempunyai maksud tersirat dan mendalam.

“Lagu ini menceritakan perjalanan seni saya dari studio buatan sendiri di rumah ke pentas besar seperti TEDxSingapura dan Perarakan Hari Kemerdekaan Singapura 2020. Dengan ‘Hahaha’ saya menaruh harapan tinggi untuk terus berkarya dan berjaya dalam industri ini.

“Saya menceritakan tentang keinginan untuk melibatkan diri dalam dunia seni dan usaha untuk melepaskan diri dari kitaran kebiasaan keluarga saya. Keinginan ini lebih kuat daripada keinginan untuk memiliki barangan mewah dan populariti. 

“Dalam salah satu rangkap lagu ini, ada saya ceritakan tentang keluarga saya yang menjadi pendorong utama untuk menerajui dan mencapai kejayaan.

“Selain itu, saya juga mempersoalkan tentang isu status quo yang wujud dalam dunia hiburan dan kehidupan serta melemparkan persoalan jika kejayaan seseorang perlu diukur berdasarkan bilangan pengikut di media sosial,” katanya.

Abangsapau memesan bahawa keyakinan terhadap diri sendiri adalah salah satu elemen yang sangat penting untuk terus maju dan berkembang sebagai artis. 

“Jika anda tidak ada keyakinan terhadap diri sendiri, tidak ada orang lain yang akan mempercayai anda. Cara saya berkongsi cerita dan memberi inspirasi kepada para pendengar adalah melalui penulisan muzik. 

“Terus terang, saya sangat mengutamakan kejujuran dalam lirik saya. Ini termasuklah berkongsi kisah yang telah dilalui dan pengajaran yang dipelajari agar ia dapat menambahbaik komuniti atau sesiapa pun di luar sana.

“Penulisan lagu tak kisahlah tentang cinta, kesedihan atau kejayaan ini adalah untuk mengingatkan peminat hip hop bahawa seni rap bukan sekadar untuk mengejar kemasyhuran atau kepuasan diri sendiri. 

“Ia memainkan peranan yang penting dan memberi makna besar dalam penyampaian mesej kepada para pendengar. Saya sangat berharap agar sesiapa yang mendengar lagu saya dapat mengambil iktibar,” ceritanya dengan panjang lebar.

Meskipun penghasilan lagunya banyak diinspirasikan oleh rentak muzik hip hop antarabangsa, dia tegar mempertahankan budaya dan etnik dalam kerjaya seninya.

Kepada yang tidak tahu, Abangsapau lebih selesa mengenakan kain sarung pelikatnya di atas pentas dan sekali gus menjadikan gaya ini sebagai identitinya secara peribadi dan sebagai artis. Malah, oleh kerana penampilannya yang tradisional ini, dia lebih dikenali ramai.

Lagu berjudul ‘Hahaha’ boleh didengar di laman penstriman seperti Spotify, Apple Music dan YouTube. – Getaran, 19 April 2021

Sumber Gambar: Def Jam South East Asia

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 21 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar