web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Robot Akan Kendalikan Orkestra Buat Kali Pertama Di Korea Selatan

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 8:00AM

Haeoreum Grand Theatre - Gambar dari Visit Korea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Sebuah robot akan mengendalikan orkestra buat kali pertama di Korea Selatan menerusi konsert yang dijadualkan diadakan pada akhir bulan ini.

Yonhap melaporkan, Orkestra Kebangsaan Korea, sebuah orkestra muzik tradisional Korea di bawah Teater Kebangsaan Korea, akan membuat persembahan "Absence" di Haeoreum Grand Theatre di tengah Seoul pada 30 Jun, menampilkan robot sebagai konduktor.

Walaupun robot pernah cuba menjalankan peranan itu beberapa kali di seluruh dunia, ia merupakan  percubaan pertama seumpamanya di Korea Selatan.

Antara robot yang telah mengambil alih pentas sebagai konduktor ialah Asimo, yang dicipta oleh Honda di Jepun pada tahun 2008; Yumi, robot usaha sama di Switzerland pada 2017; Alter 2, robot humanoid kecerdasan buatan generasi kedua yang dibangunkan di Jepun pada 2018; dan Alter 3, generasi ketiga siri robot Alter, dikeluarkan pada 2020.

Bakal mengetuai konsert itu, EveR 6, robot android ekspresif emosi dibangunkan oleh Institut Teknologi Perindustrian Korea (KITECH) setahun yang lalu.

Kekuatan utama robot yang menyerupai tubuh manusia itu ialah pergerakan leher dan lengan bawah yang fleksibel dan tepat yang membolehkan ia melaksanakan perubahan pergerakan dengan pantas.

Untuk latihan EveR 6, KITECH menggunakan teknologi "penangkapan gerakan" untuk merakam trajektori baton seseorang secara digital melalui lampiran sensor, serta teknologi menyimpan daftar kelajuan pergerakan baton dan membolehkan robot mengejar kelajuan dengan tepat.

Seorang lagi konduktor yang akan mengetuai orkestra ialah Choi Soo-yeol. Selepas mempersembahkan pentas solo yang menonjolkan kekuatan individu masing-masing, kedua-dua konduktor akan membuat persembahan bersama mengendalikan satu karya muzik.

"Aspek yang paling mencabar untuk robot ialah interaksi dan komunikasi masa nyata, terutama dalam konteks muzik. Dalam persembahan akan datang, saya akan membuktikan konduktor manusia lebih menonjol daripada robot berdasarkan kemahiran kepimpinan dan keupayaan saya untuk mentafsir muzik," kata Choi yang berjanji akan membuat persefahaman terbaik. - Bernama-Yonhap

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

4 Kelemahan Robot Suri Rumah

3

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Robot Penghantaran Bantu Rakyat Singapura Bawa Pulang Barang Runcit

4

Budaya 4 tahun yang lalu

MPO Dan DFP Cari Cara Strategik Untuk Terus Bertahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN