web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPO Dan DFP Cari Cara Strategik Untuk Terus Bertahan

MPO dan DFP juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias akibat serangan global pandemik COVID-19 yang menyebabkan ia tidak dapat lagi beroperasi seperti dulu.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 8:41AM

Gambar: Instagram @malaysianphilharmonicorchestra

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dapat dinafikan, Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) yang bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), telah menjadi entiti yang penting untuk landskap seni dan budaya di negara ini. 

Selama lebih 20 tahun beroperasi, MPO telah berjaya menawarkan pengalaman muzik bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia dan setiap pengunjungnya. Malah, MPO juga turut memainkan peranan penting dalam menanam minat dan memupuk bakat muzik tempatan terhadap muzik orkestra. 

Ia juga sejajar dengan usaha yang lebih besar untuk mempromosikan pembangunan masyarakat Malaysia yang menyeluruh dan pada masa yang sama, menyediakan jalan untuk pembangunan industri muzik negara.

Tidak hanya setakat itu, DFP itu sendiri telah berjaya menganjurkan persembahan daripada pelbagai orkestra terkemuka seperti New York Philharmonic, Philadelphia Orchestra, BBC Symphony dan Vienna Symphony. 

Beberapa pemuzik dan pemimpin orkestra terkenal seperti Lorin Maazel, Lang Lang, Christoph Eschenbach dan Janine Jansen juga pernah beraksi di dewan yang penuh berprestij ini bersama dengan orkestra-orkestra yang hebat ini. 

Namun, MPO dan DFP juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias akibat serangan global pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan ia tidak dapat lagi beroperasi sepenuhnya sepertimana waktu-waktu sebelum ini. 

Malah, banyak program-program MPO dan anjuran DFP yang terpaksa dibatalkan. Terakhir adalah program sepanjang bulan Mei iaitu Mendelssohn’s Voyages (MPO  bersama Gerard Salonga-Konduktor), The Majestic Baroque (MPO, Naohisa Furusawa-Konduktor, Ignacio de Nicolas-Flute, Simon Emes-Oboe) dan Senandung Lebaran – A Tribute To S. Atan (MPO, Ahmad Muriz Che Rose-Konduktor, Dato’ Jamal Abdillah – Vokalis, Jay Jay – Vokalis, Azlina Aziz- Vokalis). 

Mengakui akan hal ini, pihak MPO dalam kenyataannya memberitahu bahawa, dengan keadaan pasaran yang mencabar ini, mereka harus menilai semula model perniagaannya supaya ia kekal relevan di dalam jangka masa panjang.

Apa yang penting juga, mereka harus menyesuaikan diri dengan peredaran masa dan yang paling penting, menepati keperluan pelanggan mereka. 

Buktinya, pihak MPO dan DFP telah memanfaatkan penggunaan platform digital YouTube dengan menerbitkan program Malaysia Composers Series - Vol. 1 menerusi saluran MPO TV yang menampilkan hasil karya komposer seperti Ahmad Muriz Che Rose, Vivian Chong, Ng Chong Lim, Adelina Wong dan Johan Othman.

Situasi ini bukanlah dihadapi pihak MPO sahaja. Sebaliknya, ia turut dirasai pelbagai orkestra-orkestra di seluruh dunia. Atas sebab ini, kebanyakan orkestra-orkestra dunia juga terpaksa mengambil tindakan untuk mengubah organisasi mereka bagi menghadapi krisis ini.

Dalam tempoh peralihan ini, pihak MPO memberitahu bahawa mereka akan meneruskan usaha mereka untuk mencari kaedah yang strategik untuk memastikan MPO dan DFP akan terus dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Malah, mereka juga akan terus komited dalam merealisasikan misi mereka untuk mempamerkan pelbagai persembahan dan bakat muzik di Malaysia dan juga untuk mempromosikan seni dan budaya di negara ini. - Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 9 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...