web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ruffedge Bakal Gegar Pentas Malaysia Dalam Konsert Jelajah Ruffera ‘That Moment In Time’

YOLO Malaysia Mempersembahkan Kumpulan Vokal R&B Legendaris Dalam Sebuah Siri Jelajah Konsert Malaysia & Singapura.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 10:15AM

Ruffedge Bakal Gegar Pentas Malaysia Dalam Konsert Jelajah Ruffera ‘That Moment In Time’ - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi peminat R&B era 90-an, kumpulan vokal bertaraf legendaris yang dianggotai oleh Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain, iaitu Ruffedge, pastinya bukan nama yang asing.

Semestinya ramai masih ingat dengan konsert secara maya melalui aplikasi zoom kumpulan ini ketika berlakunya pandemik pada 2020 bersama YOLO Malaysia.

Jadi, bagi peminat yang terlepas peluang, Ruffedge  bakal kembali menggegarkan Malaysia bermula Jun hingga Ogos 2023 ini menerusi siri jelajah konsert istimewa secara ‘live’ di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Haniff Hamzah (baju hitam) pada sidang media jelajah Konsert RUFFERA 'That Moment In Time’  - Gambar PR
Haniff Hamzah (baju hitam) pada sidang media jelajah Konsert RUFFERA 'That Moment In Time’ - Gambar PR

Menurut Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah, jelajah konsert istimewa di Malaysia dan Singapura digelar RUFFERA 'That Moment In Time’ adalah kolaborasi kedua Ruffedge bersama pihaknya.

“Kami percaya Ruffedge masih mampu membawakan persembahan yang menarik sukar untuk dilepaskan oleh peminat, dengan lagu-lagu hit mereka dan beberapa lagu baharu, kami sudah bersedia untuk menghiburkan penggemar muzik R&B dan hip-hop dengan siri jelajah konsert ini.

“Jika dahulu konsert mereka diadakan hanya secara maya melalui aplikasi zoom ketika berlakunya pandemik, kini peminat berpeluang menyaksikan mereka beraksi secara ‘live’ di beberapa lokasi yang telah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, ahli kumpulan Ruffedge Cat berkata, konsert siri jejalah ini bukan sahaja mengimbau kenangan lalu, tetapi bagaimana muzik mereka berjaya merentasi masa dan kekal relevan sehingga kini.

“Kami percaya sesetengah lagu tetap kekal ‘evergreen’ tidak kira bila mendengarnya, terutamanya sekarang dengan susunan muzik yang baharu, anda dapat merasai momen itu. 

“Jadi konsert ini meraikan momen-momen itu bersama semua peminat kami yang sentiasa setia bersama kami.

“Selain itu, konsert ini juga bertujuan mempromosikan album baharu Ruffedge yang bakal keluar tidak lama lagi, dan yang pastinya menyambut baik permintaan penyokong yang mahukan Ruffedge mengadakan konsert semula,” ujarnya.

Anggota Ruffedge dan Haniff pada sidang media Konsert Jelajah RUFFERA 'That Moment In Time’ . - Gambar PR
Anggota Ruffedge dan Haniff pada sidang media Konsert Jelajah RUFFERA 'That Moment In Time’ . - Gambar PR

Menurut Sein pula, setakat ini, Ruffedge masih lagi dalam proses membuat persediaan rapi bagi memastikan siri jelajah konsert berjalan dengan lancar.

“Kami sedang giat menjalankan latihan di studio demi memberikan kepuasan maksima buat penonton yang bakal hadir di konsert nanti. 

“Dijangka durasi konsert akan berlangsung selama dua  jam dengan nyanyian lagu-lagu hit kami, beserta susunan muzik yang baharu dan lebih segar di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor negara.

“Jadi alami sendiri pengalaman evolusi masa melalui muzik dengan visual khas, dan jangan lupa mendapatkan tiket konsert apabila jualan mula dibuka,” ujar Sein.

Ditubuhkan pada tahun 1997, Ruffedge mula dikenali ramai dengan pelbagai lagu hit seperti ‘Bila Rindu’, ‘Khayalan’, ‘Lemas' dan ‘Tipah Tertipu’.

Bagi yang berminat, tiket-tiket sudah mula dijual sejak 20 April 2023 untuk penduduk Singapura. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge serta yoloasia.com. - Getaran, 5 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert ‘Ruffera : That Moment In Time Tour’ Ubati Kerinduan Peminat 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Tertangguh Selama Dua Tahun, Konsert Ruffedge Tetap Meriah Dan Menghiburkan

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Konsert Pertama Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Julai Ini

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Ruffedge Jadi ‘Tipah Tertipu’ Dengan Alif Satar Dalam 'I Can See Your Voice'

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN