web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Pertama Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Julai Ini

Buat pertama kalinya, kumpulan R&B dan Hip Hop negara, Ruffedge bakal mengadakan konsert sulung mereka di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 12:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan sebuah konsert oleh kumpulan R&B dan hip-hop popular Malaysia, Ruffedge yang bakal berlangsung pada Sabtu, 2 Julai 2022 jam 8.30 malam.  

Konsert yang diberikan nama Ruffera ini akan menyaksikan Ruffedge mengikuti jejak langkah kumpulan tempatan lain yang telah berpeluang mengadakan konsert di pentas berprestij DFP seperti Hujan dan Akim & The Majistret, sejajar dengan matlamat DFP untuk menyajikan persembahan dari pelbagai genre muzik kepada orang ramai. 

Ruffedge yang dianggotai oleh Azan, Cat Farish, Zain, Mode dan Sein ini telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan membuat kemunculan sulung di pertandingan 'Sony Battery Face On Talent Search' pada tahun 1999, di mana kumpulan ini memenangi tempat pertama. 

Sepanjang karier mereka, kumpulan ini telah menghasilkan pelbagai lagu popular seperti 'Tipah Tertipu', 'Da’ Bomb' dan banyak lagi. Kumpulan ini telah melahirkan tiga album studio dan dua album kompilasi yang telah mendapat sambutan hangat. Album Defined (2004) dan Ruffera (2005) telah menerima anugerah platinum.

Ruffedge telah memenangi anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan telah dicalonkan di beberapa acara anugerah yang lain seperti Anugerah Era dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kumpulan ini juga telah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2004.

Persembahan sulung Ruffedge di DFP ini akan menyaksikan kuintet popular ini membawa peminat-peminatnya menelusuri memori dengan lagu-lagu popular mereka seperti 'Tiada Lagi Cinta', 'Bila Rindu', 'Lemas' dan 'Seperti Mereka' serta memberi penghormatan kepada artis-artis lain.

Mereka akan diiringi oleh kumpulan pemuzik yang dipimpin oleh Datuk Acis sebagai Pengarah Muzik.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert istimewa ini. Untuk pembelian tiket, sila layari https://www.dfp.com.my/ruffera. - Getaran , 8 Jun 2022.

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN