web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Dream Theater Malam Ini, Bakal Himpunkan Pencinta Muzik Metal dan Pemuzik-Pemuzik Hebat Tanah Air

Telah menghasilkan 15 studio album hingga saat ini, Dream Theatre adalah antara band muzik yang sentiasa progresif dengan hala tuju stail muzikal mereka, biarpun beberapa kali berdepan dengan pertukaran anggota muzik.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 6:11PM

Dream Theatre - Gambar ihsan Dream Theatre

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak munculnya berita bahawa kumpulan muzik, Dream Theatre dari Boston, Amerika Syarikat bakal singgah di Malaysia untuk menjayakan konsert jelajah mereka, Top Of The World, ia membuatkan kalangan pemuzik-pemuzik hebat dan profesional tanah air khususnya dalam arena rock serta peminat tegar band muzik progresif metal ini jadi tidak senang. 

Menyaksikan band muzik yang dibarisi James LaBrie selaku vokalis, John Petrucci (pemain gitar), John Myung (pemain gitar), Jordan Rudges (pemain keyboard) dan Mike Mangini (pemain dram) ini adalah satu peluang yang sukar dilepaskan, biarpun mereka pernah beraksi di negara ini buat pertama kali pada September 2017. 

Telah menghasilkan 15 studio album hingga saat ini, Dream Theatre adalah antara band muzik yang sentiasa progresif dengan hala tuju stail muzikal mereka, biarpun beberapa kali berdepan dengan pertukaran anggota muzik yang silih berganti. 

Mereka juga tidak pernah berkompromi dengan kualiti pembikinan setiap album studio mereka, serta mementingkan ketelitian dalam penghasilkan muzik. 

Ini dapat dilihat menerusi kesemua 15 album studio yang dihasilkan iaitu When Dream and Day Unite (1989), Images and Words (1992), Awake (1994), Falling into Infinity (1997), Metropolis Pt. 2: Scenes from a Memory (1999), Six Degrees of Inner Turbulence (2002) dan Train of Thought (2003). 

Selain itu, Octavarium (2005), Systematic Chaos (2007), Black Clouds & Silver Linings (2009), A Dramatic Turn of Events (2011), Dream Theater (2013), The Astonishing (2016), Distance over Time (2019) serta album paling terbaharu, A View from the Top of the World (2021). 

Setiap pembikinan dalam setiap album studio mereka ini dilihat sentiasa progresif, kompleks dan padat dan terdapat banyak single yang hebat, bahkan boleh dianggap sebagai antara masterpiece mereka. 

Misalnya lagu-lagu seperti, 'Only A Matter Of Time' (1989), 'Pull Me Under' (1992), 'Metropolis Part 1' (1992), 'Lie' (1994), 'Peruvian Skies' (1997), 'The Spirit Carries On' (1999), 'The Dance Of Eternity' (1999), 'As I Am' (2003), 'Octavarium' (2005), 'The Count Of Tuscany' (2009) dan 'The Looking Glass' (2013).

Sewaktu diwawancara pihak media di negara ini mengenai kedatangan Dream Theater ke Malaysia, pemain gitarnya iaitu John Petrucci memberitahu bahawa peminat mereka tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan konsert mereka kali ini. 

“Kuala Lumpur adalah antara destinasi tour kami yang terakhir dan kami akan persembahan sesuatu yang berbeza dengan apa yang kami persembahkan dahulu. 

“Kami akan persembahkan sesebuah lagu dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit dengan pelbagai bunyian dan pelbagai lagu. Amat penting untuk kami tampilkan konsep muzikal kami untuk menggerakkan cerita atau karakter di dalam cerita. 

“Jika sesuatu persembahan tidak mempunyai hala tuju, ia akan menjadi sesat, apatah lagi kami peminat melihat benda yang sama yang kami berikan dan mempersembahkan lagu yang sama berulang dan banyak kali,” katanya. 

Selain menghasilkan kerja gitar yang hebat dalam setiap album Dream Theater, John Petrucci boleh dianggap sebagai mastermind yang akan membentuk setiap konsep muzikal album dan konsert mereka. 

Bahkan, Petrucci adalah antara pemain gitar terhebat dunia dan berada dalam kedudukan kedua sebagai Pemain Gitar Metal Terbaik dalam buku The 100 Greatest Metal Guitarists pada September 2017. 

Konsert jelajah mereka, Top Of The World ini juga diadakan sempena kemunculan album A View from The Tip Of The World yang telah dihasilkan sewaktu era pandemik dan dilancarkan pada tahun lalu. Ia juga ia merupakan projek pertama yang dirakamkan di studio mereka sendiri iaitu Dream Theater Headquarters.

'Alien' adalah lagu pertama yang kami tulis yang mana ia telah berjaya memenangi Anugerah Grammy 2022 untuk Persembahan Metal Terbaik pada tahun lalu
'Alien' adalah lagu pertama yang kami tulis yang mana ia telah berjaya memenangi Anugerah Grammy 2022 untuk Persembahan Metal Terbaik pada tahun lalu

Bercakap tentang proses pembikinan album tersebut, John Petrucci berkata, bekerja di dalam studio mereka sendiri kala pandemik cukup menenangkan dan mereka juga turut mengambil masa untuk memikirkan stail muzik di dalam album ini serta setiap idea penceritaan di dalam lagu. 

“'Alien' adalah lagu pertama yang kami tulis yang mana ia telah berjaya memenangi Anugerah Grammy 2022 untuk Persembahan Metal Terbaik pada tahun lalu. 

“Sebaik sahaja Alien ditulis, ia telah berjaya mencetuskan mood dan idea untuk melengkapkan seluruhan lagu yang lain dalam pembikinan album ini,” katanya. 

John Petrucci juga memberitahu, menghasilkan album ini pada waktu pandemik juga memberikan kelebihan buat vokalis mereka, James LaBrie.

“Dia sungguh gembira apabila dapat bekerja di rumah studio miliknya sendiri kerana sebagai pemuzik apabila kami bersama di dalam studio, kami sangat bising. 

“James seringkali terpaksa menutup bunyi speaker sewaktu bekerja untuk mendapatkan inspirasinya sendiri. Jadi, apabila, dia dapat bekerja tanpa gangguan, dia lebih bebas untuk berkarya,” katanya. 

Band muzik yang mendapat mendapat pengaruh daripada band-band muzik hebat terdahulu seperti Rush, Yes, Pink Floyd dan Iron Maiden ini juga sedang membuat persediaan untuk produksi album studio ke-16 yang akan menjalani proses rakaman lewat tahun ini. 

Dream Theater bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada malam ini (10 Mei) selepas beraksi di The Star Theatre di Singapura pada malam tadi. Kedua-dua konsert ini dianjurkan Shiraz Projects Sdn Bhd. – Getaran, 10 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN