web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Melly Goeslaw Buat Lagu Lebih Cepat Daripada Masak Juadah Hari Raya” – Rossa 

Dua sahabat baik ini kembali berkolaborasi menghasilkan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaru berjudul Khanti.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 12:00PM

Rossa hadir dengan buah tangan terbarunya berjudul ‘Khanti’ ciptaan rakan baiknya sendiri iaitu Melly Goeslaw. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ratu ‘OST’ Indonesia, Datuk Seri Rossa Kembali Dengan Buah Tangan Terbaru Berjudul Khanti Ciptaan Melly Goeslaw.

Rossa hadir dengan buah tangan terbarunya berjudul ‘Khanti’ ciptaan rakan baiknya sendiri iaitu Melly Goeslaw.

‘Khanti’ merupakan OST untuk drama bersiri Bidadari Bermata Bening yang ditayangkan di platform penstriman popular, VIU. 

Rossa sempat berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan lagu terbarunya serta beramah mesra dengan rakan media di sini. 

“Sudah lama saya tidak menghasilkan lagu bergenre sebegini. Kalau tidak silap yang terakhir ialah Hijrah Cinta. 

“Apabila VIU menawarkan saya untuk menyanyikan lagu OST untuk siri Bidadari Bermata Bening ini, saya minta dulu sinopsis ceritanya. Bila saya membacanya, saya rasa orang yang paling tepat untuk menghasilkan lagu untuk siri ini ialah Melly Goeslaw. 

“Jadi saya terus menghubungi Melly dan dua hari kemudian, lagunya sudah siap. Dia buat lagu lebih cepat berbanding untuk masak juadah hari raya,” katanya sambil ketawa. 

Bercerita lanjut mengenai lagu ‘Khanti’, kata Rossa pada mulanya dia juga tertanya-tanya kenapa judul lagu tersebut diberikan nama Khanti kerana perkataan itu, tidak biasa didengari. 

“Saya tanya kepada Melly kenapa judulnya ‘Khanti’ kerana ia adalah perkataan yang tidak umum. Tetapi mengenali Melly, dia memang seorang yang unik, Dia menginginkan sesuatu yang tidak pernah dibuat sebelumnya. 

“Khanti bermaksud sangat sabar. Ia sesuai dengan karakter yang ada di dalam siri Bidadari Bermata Bening ini iaitu perempuan bernama Aina yang merupakan seorang yang sangat penyabar dalam menempuh hidupnya yang penuh dengan cubaan,” kongsinya.

Seringkali berkolaborasi dengan Melly untuk menghasilkan lagu OST, kata Rossa dia senang bekerjasama dengan rakan baiknya sejak lebih 20 tahun itu. 

“Hubungan kami sudah seperti kakak dan adik. Saya kenal dia sejak umur 19 tahun. Setiap kali berjumpa kami lebih banyak bercerita mengenai diri sendiri daripada bekerja. 

“Saya tak perlu banyak cerita jika mahukan lagu daripada dia. Saya hanya perlu beritahu sedikit sahaja, dan dia sudah tahu apa yang saya mahukan dan apa yang paling sesuai buat saya,” katanya. 

Rossa juga akan kembali lagi ke Malaysia untuk mempromosikan album terbarunya serta mengadakan sebuah ‘showcase’ istimewa kolaborasi bersama artis tempatan. – Getaran, 3 Mei 2023.

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Rossa Another Journey: The Beginning – Menghiburkan, Kelakar Dan Lebih Intim

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Maksud Cinta Dari Kaca Mata Melly Goeslaw

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Kenapa Kena Pakai Seragam Sekolah Waktu Konsert Nanti? Ini Jawapan Melly Goeslow

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Rossa Melompat Teruja! Nampak Cakra Khan Buat Kejutan Semasa Konsert di KL!

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN