web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rossa Melompat Teruja! Nampak Cakra Khan Buat Kejutan Semasa Konsert di KL!

Cakra berterima kasih kepada Rossa kerana membawanya menembusi pasaran Malaysia beberapa tahun lalu. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 9:00PM

Kemunculan penyanyi Cakra Khan cukup mengejutkan Rossa. - Gambar ihsan TikTok @awsryna

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keakraban persahabatan dua rakan penyanyi Indonesia Datuk Seri Rossa dan Cakra Khan terbukti apabila pelantun lagu Kekasih Bayangan itu diam-diam membeli tiket dan hadir secara mengejut di Konsert Rossa 25 Shining Years malam tadi. 

“Cakra kamu di sini? Di mana kamu? Ayuh ke sini!” Rossa melompat teruja kegembiraan di atas pentas melihat sosok sahabatnya dalam kalangan barisan penonton.

Cakra kemudian naik ke atas panggung dan berpelukan sebelum menyanyikan lagu 'Kekasih Bayangan' bersama-sama Rossa disambut sorak-sorai penonton di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Center Kuala Lumpur.

“Saya ingin berterima kasih kepada Rossa yang mula-mula membawa saya ke Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kini, saya bakal mengadakan konsert sendiri di KL Januari hadapan. Datang ya,” ucap Cakra.

Tidak mengetahui kehadiran Cakra, Rossa mengakui ia bukan gimik yang dicipta sebagai pemanas acara.

“Saya memang terkejut kerana tidak tahu Cakra akan datang. Tiba-tiba ada namanya muncul di skrin monitor.

“Kami tidak berjumpa sebelum konsert berlangsung kerana dia beritahu akan pulang ke Indonesia pada awal pagi Khamis. Dia sangat baik kerana hadir untuk memberi sokongan.

“Alhamdulillah, saya rasa disayangi kerana ramai rakan artis Malaysia yang datang. Semoga saya dapat melakukan perkara yang sama buat mereka nanti,”katanya.

Terdahulu, Rossa meraikan perjalanannya sebagai anak seni selama 25 tahun di Konsert Rossa 25 Shining Years. Dalam konsert malam tadi, Rossa membahagikan persembahannya kepada empat segmen termasuklah segmen balada, penghargaan kepada pemuzik Malaysia dan lagu-lagu dengan sentuhan susunan muzik terbaru berentak electronic dance music (EDM).

Rossa turut mendapatkan khidmat empat pengarah muzik iaitu Dandy Lashido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto. Turut sama memeriahkan konsert Rossa ialah Judika dan Hael Husaini. - Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 4 jam yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV 11 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...