web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maksud Cinta Dari Kaca Mata Melly Goeslaw

Melly tidak canggung menunjukkan sisi romantisnya kepada suami tercinta, Anto Hoed. Pengenalan mereka berdua juga dijodohkan melalui muzik. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 7:00PM

Melly Goeslaw dan suami, Anto Hoed - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menuliskan beratus-ratus lagu tentang perasaan yang selalu meniti di bibir pendengar, komposer terkenal Indonesia Melly Goeslaw tersenyum ketika diminta bercerita tentang topik cinta. 

Melly tidak canggung menunjukkan sisi romantisnya kepada suami tercinta, Anto Hoed. Perkenalan mereka berdua juga melalui muzik. 

Lebih bermakna, konsert Ada Apa Dengan Melly? di Malaysia yang berlangsung pada Januari tahun hadapan juga bakal diarahkan oleh suaminya sendiri. 

“Ini syurga saya. Dia seribu kali Rangga,” kata Melly dalam nada sebak sebelum memegang tangan suaminya ketika sesi sidang media konsert Ada Apa Dengan Melly? di ibu negara baru-baru ini. 

Melly Goeslaw - Gambar fail
Melly Goeslaw - Gambar fail

Ketika diminta mengulas tentang maksud cinta, pelantun lagu 'Jika' itu sempat menarik nafas dan tersenyum. 

“Cinta bagi saya sangat unik dan boleh digambarkan dengan bermacam-macam cara. Ia bergantung kepada bagaimana situasinya. Kalau seseorang itu sedang patah hati, dia akan melihat cinta itu sebagai gelap. 

“Kalau dia sedang bahagia, dia akan melihat cinta sebagai warna-warni. Apapun, perkara tentang perasaan ini kadangkala ia tidak boleh diucapkan dengan perkataan,” tambahnya. 

Melly bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 3 Januari depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiket konsert Ada Apa Dengan Melly? dijual pada harga bermula RM288 hingga RM1588. 

Penganjurnya, Iman Tang bagaimanapun mengumumkan tiket sudah habis dijual dalam tempoh kurang daripada 24 jam. – Getaran, 14 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN