web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Rossa Another Journey: The Beginning – Menghiburkan, Kelakar Dan Lebih Intim

Kehebatan Datuk Seri Rossa dalam menghiburkan peminatnya tidak perlu disangkal lagi. Minggu lalu beliau sekali lagi berjaya memukau para peminatnya dalam konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 8:28PM

Rossa benar-benar berjaya memukau peminat dengan persembahan yang sungguh bertenaga - gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Datuk Seri Rossa bukan lagi asing buat peminat muzik di Malaysia, malah lagu-lagu penyanyi kelahiran Indonesia ini sering kali diputarkan di corong-corong radio dan menjadi pilihan ketika berhibur di pusat karaoke.

Baru-baru ini Getaran berkesempatan menghadiri konsert Rossa yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Konsert yang diberi nama Another Journey: The Beginning ini dianjurkan oleh Dream Festival sempena mempromosikan album terbarunya.

Nama Rossa bukan lagi asing dalam dunia seni tanah air - gambar PR
Nama Rossa bukan lagi asing dalam dunia seni tanah air - gambar PR

Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3  ini hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, disebabkan sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai.

Ini bukan kali pertama saya menonton konsert Rossa. Kali terakhir saya menonton konsert beliau adalah pada penghujung tahun lalu di Dewan Plenary KLCC.

Namun saya sangat ternanti-nanti konsert di Zepp Kuala Lumpur ini kerana di sini suasananya lebih ‘relax’ dan lebih dekat dengan penonton.

Ternyata apa yang saya bayangkan itu benar. Konsert Rossa kali ini menjadi konsert paling intim diantaranya dengan peminat. Rossa juga dilihat sangat selesa dengan para peminatnya.

Tiket konsert Rossa laris dijual bagai pisang goreng panas - gambar PR
Tiket konsert Rossa laris dijual bagai pisang goreng panas - gambar PR

Magis Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.

Beliau sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung. Susunan muzik untuk konsert kali ini lebih segar dan menarik didengar.

Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.

Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Beliau seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.

Magis Rossa terletak pada koleksi lagu malar segar yang masih menjadi siulan peminat - gambar PR
Magis Rossa terletak pada koleksi lagu malar segar yang masih menjadi siulan peminat - gambar PR



Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.

Turut sinonim sebagai ratu runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cinta yang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.

Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang kini sedang meniti populariti di nusantara. Rossa nyata terkejut apabila melihat ramai peminatnya di sini tahu lagu ini dan turut menyanyi bersamanya meskipun lagu ini masih baru.

Rossa sentiasa mencabar diri untuk tampil kreatif dalam setiap persembahan - gambar PR
Rossa sentiasa mencabar diri untuk tampil kreatif dalam setiap persembahan - gambar PR

Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik COVID-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album terbarunya.

Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.

Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya, menyimpan makna tersendiri.  Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.

Penonton bukan sahaja terhibur dengan nyanyiannya yang hebat, tetapi juga terhibur dengan celotehnya yang penuh dengan sense of humour.

Rossa mempersembahkan 20 lagu sepanjang dua jam konsert - gambar PR
Rossa mempersembahkan 20 lagu sepanjang dua jam konsert - gambar PR

Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Biarpun terganggu dengan suara penonton yang menyanyikan lagu ini dalam Bahasa Indonesia, namun Rossa tetap berjaya menghabiskan lagu tersebut dengan cemerlang.

Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil. Rossa juga mempamerkan skil beliau memainkan alat muzik drum sewaktu segmen ini.

Rossa turut mempamerkan skil bermain dram - gambar PR
Rossa turut mempamerkan skil bermain dram - gambar PR

Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.

Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurnaan Cinta.

Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.

Duet Rossa bersama Rizky Febian mendapat sambutan hangat penonton - gambar PR
Duet Rossa bersama Rizky Febian mendapat sambutan hangat penonton - gambar PR

Pujian harus diberikan kepada Rossa kerana sepanjang konsert berlangsung, saya tidak nampak dia meneguk air di atas pentas, sedangkan banyak lagu yang dinyanyikannya sebelum ke belakang pentas untuk menukar pakaian. Namun vokalnya masih kedengaran hebat dan tidak sedikit pun kedengaran lelah.

Usai tamat konsert, saya lihat penonton yang hadir seakan tidak boleh ‘move on’. Ramai yang terhibur dengan konsert malam itu. Mungkin ini adalah kenangan terindah mereka bersama Rossa.

Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah bukti kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni. Tahniah Rossa! – Getaran, 21 Julai 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.