web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'I Can Guide You To Be A Good Rapper' - Malique Yakinkan Ernie Zakri Untuk Rap 

Ernie Zakri telah dipilih untuk menyanyikan lagu runut bunyi filem Polis Evo 3 berjudul 'Ayuh' ciptaan Malique.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:14PM

Ernie Zakri - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi impian ramai penyanyi di Malaysia untuk menyanyikan lagu daripada komposer dan rapper terkenal iaitu Malique. 

Dan impian itu juga pernah bertandang di hati penyanyi bersuara hebat, Ernie Zakri yang telah sekian lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan bekas ahli kumpulan Too Phat itu.

Tuah menyebelahi Ernie apabila dia telah terpilih untuk menyanyikan runut bunyi filem terbaru terbitan Astro Shaw iaitu Polis Evo 3 bersama dengan Kmy Kmo, Aman Ra dan Malique sendiri. Bahkan,  Ernie turut diberikan peluang untuk 'rap' di dalam lagu yang diberi tajuk 'Ayuh' itu.

Menurut Ernie, pada mulanya dia juga tidak yakin sama ada dia mampu untuk menyanyikan bahagian rap, namun dia telah diyakinkan oleh Malique sendiri. 

"Pada mulanya saya cuba-cuba sahaja bahagian rap itu. Tetapi tiba-tiba Malique cakap pada saya Ernie you tahu tak you boleh rap. I can guide you to be a good rapper

"Saya pun ambil peluang ini untuk mencabar diri saya kerana saya tidak mahu buat benda yang sama sahaja. Saya juga suka dengan genre lagu sebegini. Bila Malique sedia untuk turunkan ilmu kepada saya, jadi mengapa tidak saya ambil peluang ini," katanya kepada Getaran.

Kmy Kmo dan Ernie Zakri - Gambar Astro
Kmy Kmo dan Ernie Zakri - Gambar Astro

Ditanya adakah sukar untuk menyanyikan bahagian rap itu, kata Ernie sebagai seorang yang tidak biasa menyanyikan lagu rap, agak sukar baginya untuk mencipta kesempurnaan pada mulanya. 

"Beratus kali juga saya berlatih untuk menyanyi bahagian itu bersama Malique. Tak mudah la pada awalnya kerana saya bukan rapper. Kalau untuk rapper mungkin mudah. Tetapi dengan ilmu yang diberikan, benda yang susah pun jadi senang bila kita sering berlatih," kongsinya. 

Ernie juga turut menyimpan angan agar satu hari nanti dia dapat sekali lagi berkolaborasi bersama Malique untuk lagu duet. 

"Saya nak sangat sebenarnya ada lagu kolaborasi bersama Malique. Tetapi tak tahulah sama ada dia sudi ataupun tidak sebab katanya dia seorang yang sangat memilih. Inshallah kalau ada rezeki, boleh kami bekerjasama lagi," ujarnya. 

Ditanya tentang pengalamannya bekerja dengan Malique di dalam studio, kata Ernie prosesnya agak berbeza dengan lagu pop. 

"Saya baru tahu rupanya macam ni nak tulis lagu rap. Kita kena cari beat dulu. Lepas dah ada beat kena cari flow dan tulis bahagian rap. Proses kreatifnya sangat makan masa.

"Tetapi pengalaman ini sangat memberikan inspirasi buat saya. Prosesnya sedikit berbeza dengan saya sebagai penyanyi balada. Saya banyak belajar dan akan gunakan ilmu yang saya peroleh ini untuk menghasilkan lagu-lagu saya di masa akan datang," kongsinya.

 

Baru sahaja dilancarkan dua minggu lalu di YouTube, lagu Ayuh telah pun mencapai jumlah tontonan lebih dari 415,000. 

Filem Polis Evo 3 yang dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan ramai lagi ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 23 Mei ini. 

Untuk sekuel ketiga ini, filem ini telah mendapat sentuhan sutradara terkenal iaitu Syafiq Yusof sebagai pengarah. - Getaran, 2 Mei 2023.

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

4

TARA 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN