web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu Hits Tiara Terus Raih Sambutan, Kini Bertukar Tajuk Sahara Dalam Versi Hindi 

Idea untuk merakamkan lagu Tiara dalam versi Hindu itu telah dicadangkan Wan Dilhanaridz yang juga pernah mencetuskan lagu tersebut dalam versi P Ramlee sebelum ini. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 5:39PM

Nadia Fharshah dan Amirul Fadzuan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang dahsyat sungguh penangan lagu Tiara ciptaan Datuk M Nasir yang sebelum ini pernah dipopularkan kumpulan Kris di sekitar era 1990-an. 

Selepas lagu pop rock berhantu itu dirakam semula penyanyi Indonesia, Raffa Affar dan kemudian P.Radhi dalam versi P.Ramlee pada tahun 2022, kini ia dihasilkan pula dalam versi Hindi. 

Idea untuk merakamkan lagu Tiara dalam versi Hindu itu telah dicadangkan Wan Dilhanaridz yang juga pernah mencetuskan lagu tersebut dalam versi P Ramlee sebelum ini. 

“Saya mencadangkan Tiara dirakam dalam versi Hindi kerana saya amat yakin lagu itu sangat sesuai diadaptasikan ke irama Hindi kerana melodinya sangat indah. 

“Saya menggubah lagu Tiara mengikut muzik era 90-an lagu-lagu hit Hindi. Susunan muzik ini mengambil masa empat hari untuk mendapatkan intro dan interlude lagu bagi mendapatkan mood Hindi. 

''Setelah dipersembahkan rakaman awal kepada rakan-rakan India terdekat yang bertutur dalam bahasa Hindi serta peminat tegar lagu-lagu Hindi, saya mendapat feedback yang sangat memberangsangkan. Mereka rasa apabila mendengar lagu ini ianya adalah muzik yang dirakam di India,” katanya. 

Bukan setakat susunan muzik lagu Tiara ini sahaja yang diubah untuk menjadikan ia dalam versi Hindi, bahkan tajuk lagunya juga turut ditukar kepada Sahara. 

Menurut Wan, lagu tajuk Sahara ini dipilih kerana lagu dalam versi Hindi ini dipersembahkan secara duet. 

“Sahara ini sesuai untuk didendangkan secara duet kerana ia mempunyai 3 interlude seperti lagu-lagu Bollywood lain,” katanya lagi. 

Bagi merealisasikan projek lagu Tiara versi Hindi, Wan juga telah memilih dua penyanyi media sosial, Nadia Fharshah dan Amirul Fadzuan. 

“Kedua-dua mereka sering menyanyikan lagu-lagu Hindi dalam kandungan kreatif mereka di sosial media. Mereka banyak meraih sokongan untuk persembahan lagu-lagu Hindi mereka,” jelas Wan lagi. 

Nadia Fharshah
Nadia Fharshah

Sementara itu, Nadia berkata pula berkata, memandangkan dia seorang yang ceria dan suka ketawa, membawakan lagu emosi seperti Sahara ini sungguh mencabar buat dirinya. 

Sementara Amirul pula menjelaskan, aliran melodi Sahara yang tenang dan sedih benar-benar sesuai buat jiwanya. 

 Amirul Fadzuan
 Amirul Fadzuan

“Entah bagaimana, namun Sahara sejajar dengan jiwa dan saya berasa begitu terhubung dengannya apabila saya menyanyikan lagu ini. Terima kasih kepada Luncai Emas kerana memberi peluang yang indah dan tidak lupa rakan duet saya Nadia, juga kepada abang Wan,” katanya.

Untuk peminat lagu Hindi boleh dengarkan audio penuh Sahara oleh Nadia Fharshah dan  Amirul Fadzuan di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan Itunes Store sementara muzik video akan dilancarkan di youtube Luncai Emas tidak lama lagi. – Getaran, 3 April 2023 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad