web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rahmad Mega Anggap Dirinya Bertuah Dapat Nyanyikan Lagu Runut Bunyi 'Melur Untuk Firdaus 2’

Rahmad turut menyifatkan bahawa lagu runut bunyi berjudul ‘Pejam’ merupakan genre yang di berada luar zon selesanya sebagai penyanyi rock.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:00AM

Rahmad Mega berkata single ‘Pejam’ memberikan kelainan dengan membawakan lagu bergenre pop.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah memang sentiasa menyebelahi penyanyi senior Rahmad Mega. Selepas bergelar juara di program realiti Terpaling Juara (TV3), kini single terbaharunya iaitu ‘Pejam’ pula telah dipilih menjadi lagu runut bunyi untuk drama Melur Untuk Firdaus 2 yang kini sedang bersiaran di slot Akasia.

Sebelum ini, drama ‘Melur Untuk Firdaus’ telah mencetuskan fenomena sehingga menjadi trending apabila berjaya meraih 11 juta tontonan di negara seberang.

Menurut Rahman yang telah mencipta nama sebagai penyanyi rock sejak tahun 1980-an, single ‘Pejam’ memberikan kelainan dengan membawakan lagu bergenre pop.

“Lagu ‘Pejam’ merupakan genre yang berada di luar zon selesa saya kerana saya lebih terkenal dengan pembawaan lagu bergenre rock, pop rock, dan juga slow rock.

“Namun, kali ini saya ingin mencuba sedikit kelainan untuk lagu ‘Pejam’ yang merupakan gubahan bergenre pop,” katanya.

Dikenali dengan lagu ‘Bayangan Gurauan’ sewaktu menganggotai kumpulan Mega, Rahmad  berkata, lagu ini menyentuh jiwanya kerana ia mempunyai lirik sentimental dan membawa maksud yang amat mendalam.

Pemilik nama sebenar, Rahmad Tohak, 53, itu turut menjelaskan dirinya sangat bertuah kerana terpilih untuk menyanyikan lagu runut bagi drama bersiri ‘Melur Untuk Firdaus 2’.

“Saya harap agar penonton, pendengar dan peminat saya dapat menerima perubahan genre terbaharu daripada saya.

“Terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda semua dari dahulu sehinggalah kini. Sokongan anda semua sudah tentu memberikan saya semangat untuk terus berkarya dalam industri seni muzik tanah air,” ujarnya.

Single ‘Pejam’ ini merupakan hasil nukilan daripada komposer dan penulis lirik berpengalaman iaitu Omar K dan Ikhwan Fathana.

Lirik lagu ‘Pejam’ ini dilihat bersesuaian dengan jalan cerita drama bersiri 35 episod ini. Apatah lagi suara Rahmad yang gemersik rock membuatkan lagu ini bertambah menarik serta sesuai untuk dijadikan lagu runut kepada drama ‘Melur Untuk Firdaus 2’ yang dibintangi  Meerqeen, Anna Jobling, Eyka Farhana dan Azim Yusof.

Untuk mendengar lagu ‘Pejam’ ini sila layari saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents Pejam OST Melur Untuk Firdaus 2 (Rahmad Mega) dan semua platform digital - Getaran, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Salam Dari Maya 2.0 Tampilkan Persembahan Artis 80-an Dan 90-an, Atas Permintaan Peminat Muzik Tanah Air

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Menyentuh Hati! Lagu 'MemandangMu' Ilham daripada Ayat Al-Quran

3

Muzik 4 tahun yang lalu

3 Bintang Muda Indonesia Bersinar 

4

Teknovasi 5 tahun yang lalu

Dengarkan Karya Hans Zimmer Untuk Find X3 Pro

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN