web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Bintang Muda Indonesia Bersinar 

Rich Brian, Niki dan Warren Hue berpeluang menyerlahkan bakat menerusi runut bunyi 'Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings: The Album'

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 6:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak tayangan perdana filem Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings di pawagam baru-baru ini, karya ini telah menjadi bualan hangat netizen terutamanya dari Asia. 

Bagi merealisasikan runut bunyi filem ini, pengasas 88Rising, Sean Miyashiro mahu barisan penyanyi dan pemuzik mengungkapkan pengalaman mereka sebagai orang Asia-Amerika secara lebih mendalam dalam bentuk lagu.

Selain melibatkan penyanyi ternama seperti Jhene Aiko, Mark Tuan dan Keshi, projek ini turut mengetengahkan bakat tiga penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Niki, Rich Brian dan Warren Hue

Bagi meraikan penerbitan runut bunyi terbaharu ini, Rich Brian, Niki, dan Warren Hue berkongsi perasaan dan pengalaman di sebalik projek bersejarah ini dalam sidang media yang diadakan minggu lepas. 

Menerusi projek ini mereka turut berkolaborasi dengan Destin Daniel Cretton, sutradara filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings bagi menjayakan bunyi latar dan lagu yang sesuai dengan tema. 

Menurut Niki, projek kolaborasi ini merupakan pengalaman berharga dalam kembara seninya apatah lagi diberi kepercayaan untuk menggunakan platform yang mewakili masyarakat Asia.

Rich Brian mengakui seakan bermimpi apabila dia dan dua lagi anak seni kelahiran Indonesia diberi peluang keemasan menyumbangkan suara dalam runut bunyi filem adiwira Asia pertama dalam sejarah. 

“Saya masih tak percaya dapat peluang sebesar ini di awal karier sebagai penyanyi. Apatah lagi saya seorang penyanyi Asia.  Sebagai salah seorang peminat setia Marvel dan membesar dengan menonton filem-filem mereka, ia seakan sebuah mimpi. 

“Saya yakin kolaborasi ini bakal memberi inspirasi dan dorongan kepada lebih ramai pengkarya muda Asia untuk menggapai impian mereka," kata Warren

Disebabkan situasi pandemik yang tidak menentu ini, proses kreatif projek ini dilakukan secara jarak jauh dan dalam talian serta dirakam di kediaman setiap penyanyi. 

Menurut mereka ia merupakan pengalaman baharu dan luar biasa, terutamanya buat Niki yang merakamkan sebahagian besar lagunya di rumah.

"Sebilangan besar lagu saya dihasilkan di bilik tetamu yang berfungsi sebagai studio peribadi. Bila difikirkan semula, ia sangat ikonik kerana kami menghasilkan sendiri kebanyakan lagu untuk projek besar ini.

“Saya bangga dengan diri kerana apat memberi yang terbaik walaupun dirakam dengan menggunakan mikrofon USB sahaja," kata Niki. 

Tiga anak muda ini mengakui mereka berkogsi kreativiti dalam mencari inspirasi bagi menghasilkan lagu untuk runyi bunyi filem ini. 

“Kami ingin memberi sentuhan magis pada karya kami. Disebabkan tidak dapat menonton filem ini sehinggalah ia ditayangkan dan hanya dapat melihat sedikit sahaja adegan, kami harus membayangkan sendiri perjalanan cerita ini.  

“Meskipun diberikan tema untuk menulis, kami harus menggunakan arahan kreatif kami sendiri. Sebahagian besarnya kami menulis dari perspektif kami sendiri dan apa yang kami tahu menerusi budaya masing-masing. 

“Kami harap dengan cara ini kami dapat memberi sentuhan personal kepada lagu-lagu yang dihasilkan,” jelas Rich Brian.

Sebelum menutup bicara, Rich Brian menzahirkan impiannya untuk melihat lebih ramai pengkarya Indonesia dapat menembusi industri muzik antarabangsa.

Runut bunyi berjudul 'Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings: The Album' yang dinyanyikan oleh ketiga artis Indonesia ini boleh didengar di pelantar penstriman Spotify, iTunes dan sebagainya. - Getaran, 29 September 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN