web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan DKD Industri Muzik Dibuka 23 Mac

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 2:00PM

Fahmi Fadzil pada sesi dialog awam industri muzik yang disertai lebih 500 pemain dan penggiat industri muzik di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Permohonan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik di bawah Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd dibuka mulai 23 Mac ini, umum Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata DKD Industri Muzik diperkenalkan selaras dengan komitmen kerajaan menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya.

Permohonan DKD itu boleh dibuat melalui pautan www.mycreative.com.my/dkd.

“Saya percaya DKD ini akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni pascapandemik COVID-19 untuk menghasilkan karya kreatif berkualiti tinggi yang mampu bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan, malah juga mampu menembusi pasaran antarabangsa,” katanya. 

Fahmi berkata seramai 13 penerima telah diberi surat setuju terima Dana Persembahan Muzik di bawah inisiatif DKD Industri Muzik Tahun 2022 yang berjumlah RM3.3 juta.

Tiga badan pelesenan iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Bhd, Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performances Malaysia (RPM) Bhd turut menerima Pembayaran Skim Pelesenan Hak Cipta Penggunaan Muzik daripada kerajaan berjumlah RM2.18 juta.

Semalam, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) buat julung kalinya menganjurkan sesi dialog awam industri muzik yang disertai lebih 500 pemain dan penggiat industri muzik di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac).

Pemain industri yang menyertai sesi berkenaan ialah artis, penerbit, pengurus, wakil syarikat rakaman, wakil perkhidmatan penstriman muzik serta penganjur acara dari seluruh negara.

Fahmi berkata dialog awam itu ialah langkah permulaan bagi menghimpunkan pihak berkepentingan daripada pelbagai peringkat industri untuk mengenal pasti dan membincangkan inisiatif-inisiatif yang berpotensi dalam memajukan industri muzik negara serta menyelesaikan isu berkaitan.

"KKD tekad membina ekosistem yang kondusif bagi memayungi industri kreatif.

“Kerjasama berterusan dengan pemain dan penggiat industri muzik adalah amat signifikan dalam usaha memacu industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 5 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 6 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 1 minggu yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu