web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Raya Raya Raya!' Lagu Raya Pertama Dolla

Kumpulan vokal rancak gadis aneka bangsa ini membuat kejutan dengan melancarkan lagu raya pertama mereka!

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 9:00AM

Dari Kiri - Syasya, Tabby, Angel & Sabronzo

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih mengekalkan konsep muzik rancak, Dolla menyulam genre pop dan irama tradisional untuk lagu raya pertama mereka yang berjudul 'Raya, Raya, Raya'.

Lagu ciptaan bersama Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique ini bukan sahaja memperlihatkan kebolehan Dolla dalam menyanyikan lagu pop yang rancak, malah lagu yang mempunyai unsur tradisional.

Dolla yang dianggotai empat gadis muda – Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya – telah membuktikan mereka berani bereksperimen dan mampu membawa lagu yang berbeza dari sebelumnya, seperti lagu mereka ‘Make You Wanna’ dan ‘Impikan’. 

Lagu ini menyentuh tentang gaya tradisional dan moden dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Perkembangan teknologi yang pesat sangat mempengaruhi golongan milenial pada hari ini, terutamanya media sosial dan hubungan antara keluarga dan rakan sebaya.

“Pengalaman merakam muzik video sangat menyeronokkan kerana kami berpakaian seperti di era retro. Oleh kerana kami empat gadis dengan gaya dan idea nyanyian yang berbeza, warga kerja sangat terbuka dalam menerima segala jenis cadangan dan perubahan,” ujar Sabronzo.

Tabby pula berpendapat ia miliki rentak lagu raya yang biasa didengari, tetapi masih mempunyai sentuhan watak Dolla, “Penuh gelak tawa. Pada mulanya, terasa janggal kerana ia bukan rentak biasa yang kami bawa. Seronok berekprementasi!” jelas gadis kacukan Cina dan Jepun ini.

'Raya Raya Raya' juga menunjukkan sisi lain Dolla, yang lebih ke arah tradisional tetapi masih terasa muda. Angel atau nama sebenarnya Angelina Chai merasakan lagu ini berbeza dengan lagu raya lain. Gadis asal Sarawak ini menggambarkan inilah cara mereka menyanyikan lagu raya.

Bercerita mengenai proses rakaman lagu dan muzik video lagu ini, Angel melahirkan perasaan teruja kerana ia terasa dekat dengan dirinya dan Tabby serta mereka yang tidak pernah menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. 

“Ia memberikan saya gambaran perasaan menyambut Hari Raya yang sebenar dan ia amat menyeronokkan!” ucap Angel gembira.

DOLLA masih lagi menari, tetapi lebih kepada menghayati lagu dan jalan cerita. Ia sesuatu yang baharu, bukan sahaja kepada Angel, malah kepada keempat-empat mereka. Angel turut berharap lagu raya ini dapat memberi kegembiraan walaupun kita masih dalam musim wabak COVID-19.

Ahli kumpulan termuda, Syasya pula beranggapan lagu raya ini amat bermakna dan mencuit hati. Dolla yang sangat dikenali dengan imej lincah menari dan bertenaga, manakala 'Raya Raya Raya' berjaya menunjukkan sisi lain Dolla yang lebih gemalai dan sopan santun. 

“Pengalaman merakamkan lagu ini memang sangat seronok dan penuh dengan riang tawa. Ia memperlihatkan kelainan vokal dan gaya setiap ahli Dolla. Harapan saya agar lagu ini membawa kenangan manis sewaktu peminat dan pendengar menyambut Hari Raya nanti.”

“Walaupun COVID-19 banyak menghalang kita daripada melakukan pelbagai aktiviti-aktivit kebiasaan di Hari Raya, namun saya berharap agar semua pendengar dan peminat dapat menari dan menghayati kegembiraan bersama-sama semasa mendengar lagu kami,” senyum Syasya. 

  

'Raya Raya Raya' boleh didengari di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube rasmi DOLLA. – Getaran, 5 Mei 2021

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

4

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

5

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

6

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN