Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ceria Aidilfitri – Faizal Tahir, Zizi Kirana dan Darmas

Suasana Aidilfitri makin terasa. Tinggal sekitar seminggu sahaja lagi sebelum Aidilfitri menjelma dan lagu-lagu Raya mula berkumandang di udara. ‘Ceria Aidilfitri’ memulakan senarai lagu pilihan kami minggu ini kerana ia sebenarnya merupakan lagu yang pernah dikeluarkan lebih sedekad lalu oleh Faizal Tahir di awal kemunculan solonya dahulu. Namun kini, lagu ini diberi nafas baharu dengan susunan muzik yang lebih padu. Lebih menarik ia menampilkan penyanyi bersuara unik Zizi Kirana sebagai rakan duet Faizal Tahir disamping iringan Darmas. Cukup segala elemen yang diperlukan untuk rasa gembira di pagi Syawal, kami syorkan lagu ini untuk Hari Raya anda!

 

Alhamdulillah – Elite

Kumpulan nyanyian wanita paling popular di pertengahan tahun 90-an dahulu kembali membuat kejutan. Setelah lama tidak bergabung kembali untuk berkarya lima ahli kumpulan asal Elite bersatu dalam lagu berjudul ‘Alhamdulillah’. Sesuai dengan imej mereka yang dahulu sinonim dengan lagu bertempo rancak, ‘Alhamdulillah’ merupakan lagu nasyid dengan nasihat yang diberi alunan muzik moden dan ranggi. Memang tidak disangka kerana penampilan Abby bersama Elite sudah lama dinantikan dan akhirnya lagu ini memberi peluang tersebut. Digubah oleh Noura dan Rayyan Rayhan dengan lirik oleh Noura juga lagu ini mengingatkan kita kepada lagu ‘Intifada’ dan ‘Pergi Tak Kembali’ dendangan Rabbani yang pernah mempelopori lagu nasyid berentak tekno dan tari. Biarpun rentaknya sedemikian mesejnya tetap positif dan berkesan. Ditambah dengan selingan rap di hujung lagu, ‘Alhamdulillah’ ada harapan menjadi popular.

 

Hasbi Rabbi – Siti Nordiana feat. Ustaz Sharizan

Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment melancarkan single terbaharu bertajuk ‘ Hasbi Rabbi’ oleh Siti Nordiana yang berkolaborasi dengan Ustaz Sharizan . Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaharu dan merupakan album ke-2 iaitu - album Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang. Istimewanya album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri. Ini ditampilkan dengan selang seli lirik bahasa Melayu yang juga terjemahan bersama zikir popular bahasa Arab yang ditonjolkan lewat lagu (dan album) ini. Sebuah lagi karya santapan rohani yang sesuai untuk Ramadan.

 

Kita Mesti Jumpa - Iqbal M

Yang pasti karya ini jauh berbeza daripada lagu-lagu Raya yang sering kita dengar di radio. Ia tidak berunsur pop tetapi ada unsur Indie dalam mainan kugiran latar belakang lagunya. Liriknya juga yang lebih kontemporari menampilkan kelainan yang ketara. Sekali dengar mengingatkan kami kepada muzik yang diperjuangkan oleh Kugiran Masdo namun suara vokalisnya jauh berbeza. Sungguhpun begitu, ia percubaan yang baik dalam menghasilkan sebuah lagu raya yang menepati cita rasa anak muda masa kini. Kalau anda rajin menghadiri ‘gig’ kumpulan Indie, ini mungkin konsep lagu raya yang mereka gemari.

 

Peluk- Stacy

Satu-satunya lagu yang bukan bertema Aidilfitri untuk minggu ini merupakan persembahan Stacy, bekas juara Akademi Fantasia musim ke-6 dahulu.  Dengan judul ‘Peluk’, ia adalah sebuah balada mudah dan sedap didengar. Berbanding lagu-lagu rancaknya sebelum ini ‘Peluk’ sesuatu yang mungkin ditunggu-tunggu oleh ramai peminat Stacy. Ini kerana Stacy mempunyai suara yang merdu dan kadang terasa rugi kalau tidak dapat menghayati kualiti vokalnya dalam alunan balada. Digubah oleh Bunga Cantik dengan lirik oleh Hang Nadim, Bunga Cantik, serta Ariz, lagu ini nampaknya perlu bersaing dengan balada beberapa artis wanita lain dalam jangka waktu terdekat ini. – Getaran, 5 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 19 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 11 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar