web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerja Gila Sal Priadi Untuk Konsert Pertama Di Kuala Lumpur!

Penyanyi asal Malang, Indonesia ini tidak pernah menyangka karyanya akan membawanya jauh ke negeri orang.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 5:00PM

Sal Priadi terharu dengan sambutan hangat peminat semasa konsert pertamanya di Malaysia pada Sabtu - Gambar Instagram Tala Records Asia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya tak pernah menyangka ada teman di Malaysia sebanyak ini.”

Demikian reaksi penyanyi dan komposer Indonesia, Sal Priadi yang terharu dengan sambutan hangat peminat semasa konsert pertamanya di Malaysia pada Sabtu. 

Pemilik nama sebenar Salmantyo Ashrizky Priadi tidak pernah menyangka lagu-lagu yang ditulisnya dengan iringan gitar di sebuah daerah kecil di Indonesia boleh membawanya jauh bernyanyi di negara orang.

Demikianlah sihir muzik, ia boleh membuat sesiapa jatuh suka tanpa mengenal tempat dan gerangannya.

Diterbangkan jauh ke Malaysia oleh Tala Records Asia, seisi auditorium muzik Bentley disimbah lampu merah. Sal mendekati mikrofon membuka panggung dengan lagu syahdunya, 'Nyala' disambut gegak-gempita penonton sebelum masing-masing diam dan tenggelam dalam alunan lagu-lagu menusuk daripada album Behati. 

Sal Priadi ketika konsert pertamanya di Kuala Lumpur - Gambar oleh Wafa Aula
Sal Priadi ketika konsert pertamanya di Kuala Lumpur - Gambar oleh Wafa Aula

Artis Solo Lelaki Pop Terbaik Anugerah Muzik Indonesia 2018  ini kemudian mengambil gitar, menyarung silang ke dada. 

“Sejujurnya saya jarang sekali pegang gitar apalagi kalau diminta bernyanyi di hadapan orang ramai. Saya selalunya hanya memetik gitar kalau mahu buat lagu sendiri-sendiri di dalam bilik.

“Namun untuk malam ini, saya ingin mengembalikan perasaan itu semua khas buat teman-teman di Malaysia,” kata Sal yang kemudian mengalunkan lagu ‘Melebur Semesta’ dan ‘Ubud’, iaitu lagu yang  menceritakan bagaimana kita tidak jemu menghabiskan sisa waktu bersama-sama orang yang kita sayang.

Seperti ombak, Sal Priadi membawa pengunjung terumbang-ambing dalam gelompang perasaan sekejap sedih, sekejap gembira menerusi lagu-lagunya. 

Daripada perasaan luka, Sal menukar suasana seperti sebuah pesta tari dengan lagu-lagu seperti 'Dalam Diam', 'Irama', 'Kita Usahakan Rumah Itu', dan 'Irama Laot Teduh'. Pengunjung saling bertepuk tangan dan berjoget.

Paling mencuri tumpuan ialah ketika cahaya lampu disorotkan kepada Sal yang membacakan puisi bertajuk 'Dalam Doaku' daripada sasterawan besar Indonesia, Sapardi Djoko Damono sebagai intro kepada 'Amin Paling Serius', sebuah lagu penting yang membawanya tercalon dalam anugerah Billboard Indonesia Music Awards dan Karya Produksi Kolaborasi Terbaik Anugerah Muzik Indonesia pada tahun 2019.

Sal terus membuat penonton hanyut dengan mengalunkan ‘Ikat Aku di Tulang Belikatmu’, lagu dengan lirik puitis yang menghantarnya ke penghargaan tertinggi dalam Anugerah Muzik Indonesia menerusi kategori Artis Solo Pria Pop Terbaik pada tahun 2018. Juga menjadi lagu penting yang membuatnya dikenali di Malaysia.

Sal menyanyikan 17 lagu, jumlah lagu paling banyak yang pernah dinyanyikannya dalam satu konsert seumur hidupnya. Namun segalanya istimewa buat peminatnya di Malaysia. 

“Semoga kita akan bertemu kembali ya. Jangan segan undang saya kembali,” teriaknya kemudian menutup malam yang indah dan cantik itu dengan lagu ‘Serta Mulia’.

Terdahulu, jualan tiket untuk Sal Priadi Love In Kuala Lumpur dijual bermula harga RM95 dan RM 180 untuk sesi meet and greet.- Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN