web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Laris Bak Goreng Pisang, Penganjur Tambah Kategori Baru Konsert Kerispatih, Sammy Simorangkir

Malaysia juga bakal menyaksikan reunion antara dua pemuzik berpengaruh Indonesia ini selepas Sammy dipecat daripada menjadi vokalis Kerispatih pada tahun 2010.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:00PM

Kerispatih bakal tampil di konsert Moments Of Music Kerispatih with Sammy Simorangkir 24 Februari ini. - Gambar PR

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menerima banyak mesej daripada peminat yang kecewa tiket untuk kategori berkerusi sudah habis, penganjur konsert Moments Of Music Kerispatih with Sammy Simorangkir akhirnya mengumumkan penambahan sebuah kategori baharu. 

Penganjur yang terdiri daripada 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live sepakat memperkenalkan kategori Diamond iaitu ruangan berkerusi yang ditempatkan betul-betul di hadapan pentas. 

Dengan harga RM555, pembeli bukan sahaja dapat menikmati persembahan dari jarak dekat malah bakal mendapatkan barangan cenderamata istimewa konsert ini.

Ketika ditemui dalam sidang media atas talian bersama-sama Kerispatih dan Sammy Simorangkir, masing-masing teruja ingin berjumpa peminat di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga bakal menyaksikan reunion antara dua pemuzik berpengaruh Indonesia ini selepas Sammy dipecat daripada menjadi vokalis Kerispatih pada tahun 2010.

“Reunion ini sudah diaturkan Tuhan. Kami pertama kali bergabung semula di atas pentas pada tahu lalu di sebuah festival muzik di Indonesia. Perasaan akhirnya dapat nyanyi sepentas sudah semestinya gembira. 

“Selain itu kita mahu mengubati kerinduan peminat yang mahu melihat kami bersama-sama. Walaupun dalam tempoh beberapa tahun ini kami sudah membawa jalan masing-masing namun, peminat mahu tetap bernostalgia dengan lagu-lagu yang pernah kami bawakan dulu. Jika kami boleh menjadi saluran untuk peminat bergembira, mengapa tidak dilakukan. Permintaan yang diterima juga sangat banyak,” kata Sammy Simorangkir.

Kali terakhir Kerispatih beraksi di Malaysia kira-kira 18 tahun yang lalu. Sudah tentu kedatangan mereka kali ini akan lebih istimewa membawakan 20 lagu bagi membayar kembali kerinduan peminat.

Sammy Simorangkir - Gambar PR
Sammy Simorangkir - Gambar PR

“Ada kejutan yang istimewa untuk penonton konsert kami di Malaysia. Kami masih menerima cadangan kalau ada lagu yang teman-teman ingin kami bawakan khas untuk kalian. Boleh maklumkan di mesej Instagram penganjur @momentsofmusic ya. 

“Apapun, ada beberapa sesi yang Kerispatih akan menyanyikan lagu sendiri dan Sammy juga menyanyikan lagunya sendiri. Ada sesi yang dinyanyikan bersama-sama dan berduet. 

“Tidak sabar menghibutkan peminat di Malaysia yang selalu memberikan sokongan luar biasa. Malaysia juga menjadi antara pendengar kedua terbanyak di penstriman Spotify,” kata vokalis, Fandu Santoso.

Konsert Moments Of Kerispatih With Sammy Simorangkir akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Februari ini. Mereka dijangka bakal membawakan lagu hit mereka seperti Pertama Kali, Bila Rasaku Ini Rasamu, Aku Harus Jujur dan single terbaharu, Pernah Terluka. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas