web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Pradeep Kumar Di Pulau Pinang Sabtu Ini

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:11AM

Pradeep Kumar - Gambar Instagram Pradeep Kumar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Penyanyi terkemuka penuh sensasi dari India Selatan, Pradeep Kumar, akan kembali dengan persembahan konsert di Malaysia pada 21 Januari ini di Setia Spice Arena di Bayan Baru, menjanjikan malam yang penuh alunan muzik hebat menghiburkan, yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata Pradeep, 37, akan kembali ke Malaysia buat kali kedua, kali ini di Pulau Pinang untuk konsert penuh, menjadikan ia satu konsert artis dari India terbesar tahun ini di pulau ini.

Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan penganjur konsert Pradeep, Yayasan Aakaar, untuk memastikan konsert ini akan menjadi pengalaman manis yang tiada tandingannya, dengan alunan muzik dan pencahayaan yang canggih, serta reka bentuk pentas menakjubkan yang akan mengujakan hadirin.

“Konsert seperti ini dapat membantu industri pelancongan dengan membawa masuk pengunjung luar ke sini menyaksikan persembahan atau artis tempatan mahupun antarabangsa,” katanya pada sidang media mengenai konsert itu di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini semalam.

Pradeep, yang turut hadir semasa sidang media berkata beliau tidak sabar untuk membuat penampilan sulung di Pulau Pinang selain menjanjikan peminatnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Konsert itu akan menampilkan kebanyakan lagu hit kegemarannya, seperti Maya Nadhi, Agayam Theepidicha dan The Life of Ram. Tiket-tiket berharga dari RM99 hingga RM600 boleh dibeli di laman web https://www.ticket2u.com.my/event/28677/pradeep-kumar-in-osai-kekkudho. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN