web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu Noah Dengan Penampilan Istimewa BCL 'Trending' di YouTube

Bunga Citra Lestari dan Ariel Noah berduet untuk kali kedua.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 8:30AM

Gambar Tangkapan Layar Klip Video YouTube

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu terbaharu kumpulan Noah yang menyaksikan penampilan istimewa Bunga Citra Lestari atau BCL kini sedang trending di YouTube. Lagu berjudul ‘Mencari Cinta’ yang dimuatkan dalam album ‘Keterkaitan Keterikatan’ dari Noah itu sehingga kini telah mendapat tontonan lebih daripada 6.3 juta sedangkan ia hanya dimuat naik pada 23 April lalu.

Lebih menarik lagi, lagu yang dicipta oleh Lukman dan ditulis oleh vokalis Noah sendiri, Ariel dan Mohammad Istiqamah Djamad itu turut terpilih menjadi artis pertama yang dapat mempromosikan lagu mereka di YouTube After Party. 

BCL dalam satu entri di laman akaun Instagram ini berkongsi kegembiraannya dengan perkembangan terbaru ini. 

"I feel honored to become the first (two) asian musicians together with @noah_site who were chosen by YouTube to promote our music in Youtube After Party," ujar BCL. 

Sementara itu, dalam satu laporan yang disiarkan di Kompas.com, Ariel memberitahu, lagu itu pada asalnya bukanlah untuk dijadikan duet, tapi setelah disarankan oleh penerbit mereka akhirnya bersetuju memilih BCL sebagai rakan duet. 

Lagu ini bercerita  tentang seseorang yang mencari cinta usai merasa sakit hati dan dikhianati dalam hubungan sebelumnya. Ini merupakan kali kedua BCL berduet dengan Ariel Noah. Sebelum ini mereka berduet dalam single ‘Menghapus Jejakmu' yang merupakan lagu lama Noah yang diberi nafas baru. 

Keakraban BCL dan Ariel menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan pengikut kedua-dua penyanyi popular ini. Penampilan BCL dalam muzik video ‘Mencari Cinta’ yang dilihat memeluk dan menatap wajah Ariel membuatkan ramai yang percaya bunga-bunga cinta sedang bersemi di antara mereka berdua. Bagaimanapun, baik Ariel maupun BCL tidak pernah mengiyakannya. 

Berikut bait-bait lirik lagu ‘Mencari Cinta’ : 

Aku mencari cinta
Di tempat yang tidak biasa
Tepat di antara luka
Dan kesunyian tak mereda

Telah ku temukan dia
Memelukku dalam sepinya
Dan ku mencintainya
Dalam ruang yang telah terbatas

Hanya senandung jiwa
Hanya rasa yang seluruhnya
Aku mencintainya
Menjaganya dalam rahasia

Oooo... Oooo...

Cinta ini menutup mataku
Menggenggam nafasku
Membelengguku
Katakan padaku ini tak benar

Tinggalkan aku cinta
Meski luka kian merebak
Meski duri merajam
Bunga itu tetap mengembang

Oooo... Oooo...

Cinta ini…

Anda juga boleh saksikan video muzik ‘Mencari Cinta’ di sini!- Getaran, 28 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN