web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peminat Teruja Bila Band Kpop, Super Junior Bakal Buat 'Come Back' 

Kumpulan K-pop yang kini mempunyai sembilan anggota yang masih aktif ini bakal muncul dengan album studio kesebelas mereka iaitu Vol.2 ‘The Road: Celebration’. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 12:27PM

Super Junior sebelum membuat persembahan di Hong Kong bulan lalu - Gambar Twitter @SJOfficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum kewujudan  BTS, Super Junior terlebih dahulu mencipta nama dalam industri muzik Korea dan seterusnya melakar nama di pentas antarabangsa menerusi album keempat mereka, Bonamana pada 2010. 

Namun, kumpulan K-pop yang sering bersilih ganti ahli kumpulan ini sebenarnya sudah mula mencapai sukses sejak daripada kemunculan album ketiga mereka lagi iaitu Sorry Sorry pada 2009. 

Selain daripada kejayaan-kejayaan yang dilakar mereka, Super Junior turut berdepan dengan pelbagai isu dan ada di antaranya yang melibatkan pihak pengurusan mereka SME Entertainment. 

Sebahagian daripada isu ini juga turut menjadi punca berlakunya  turun naik kepada kerjaya nyanyian dan muzik Super Junior. 

Tapi siapa sangka, ditubuhkan sejak 17 tahun yang lalu, Super Junior masih lagi bertahan dan menjadi antara band K-pop yang masih lagi digemari ramai serta mempunyai peminat-peminat tegar yang setia. 

Atas sebab itu, Super Junior tidak pernah berhenti untuk terus menghiburkan peminat-peminat mereka. 

Buktinya, band Kpop yang kini mempunyai sembilan anggota yang masih aktif  ini bakal muncul dengan album studio kesebelas mereka iaitu Vol.2 The Road: Celebration. 

Perkara ini telah pun disahkan oleh pihak pengurusan mereka, SME Entertainment menerusi media sosial. 

Menurut pihak pengurusan tersebut, album Vol.2 The Road: Celebration akan mula diperdengarkan menerusi platform penstriminan muzik pada 15 Disember ini iaitu pada saat drama bersiri Choi Siwon (salah seorang anggota Super Junior) yang berjudul ‘Love is for Suckers’ sedang ditayangkan. 

Album ini adalah susulan daripada album studio kesebelas, Vol. 1 The Road: Keep On Going yang ditelah pun dilancarkan pada Julai lalu.  – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Aksi Siwon Baca Skrip Bahasa Melayu Jadi Perhatian, Peminat Ketawa Lucu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 11 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...